Followers

Friday, 3 June 2011

‘SEDAR DIRI’


Assalammualaikum.

Lama sudah kita tidak bertemu dalam tinta pena di Blog kesayangan ramai ini. Justeru, KakBa terpanggil untuk meneruskan tulisan terdahulu berkaitan 20 sifat terpuji. Hari ini, KakBa sambung pula dengan sifat kelima.

                                                                   Sumber: ILuvIslam.com

Sifat kelima ialah Sifat tahu diri. Sifat ini dalam erti kata bahasa kasarnya ialah ‘sedar diri’. KakBa sedar siapalah diri KakBa ini dimata pembaca semua. KakBa baru aje nak belajar-belajar menulis. Tu pun kena cantas-cantas. Tak per lah…”Aku menulis bukan kerana nama”…cewahhh.. Sifat ‘sedar diri’ ini memudahkan kita bergaul dengan segenap lapisan masyarakat termasuk penciptanya kerana kita sering sedar dan tahu akan tanggungjawab dan kedudukan kita. Bila berbicara soal ‘sedar diri’, suka KakBa kaitkan dengan sifat yang berlawanan dengannya iaitu sifat  ‘tak sedar diri’. Bahaya tau sifat ini sebab ia bukan sahaja boleh merosakkan imej seseorang individu tetapi juga boleh merosakkan akidah. 

Bayangkan jika orang Melayu pergi belajar ke luar negara dan sampai di sana dia sudah hilang kemelayuannya. Jadi mat dan minat saleh yang lebih sudu dari kuahnya. Mesti dia tidak malu lagi minum air teh jarang berbuih tu…mesti tak malu lagi bercium mulut di khalayak ramai…mesti tak malu berbikini di pantai. Iskhhh…takut KakBa fikirkan jika generasi akan datang ramai yang ‘tak sedar diri’. Marilah kita renungkan ungkapan ni bersama: “Tahu diri dengan perinya, tahu hidup dengan matinya, tahu alur dengan patutnya, tahu gelanggang tempat bermain, tahu pangkalan tempat berlabuh, tahu teluk timbunan kapal, tahu tanjung pumpunan angin, tahu pasang menyentak naik, tahu surut menyentak turun”.


KakBa : “Aku insan yang lemah, hanya mampu berserah” – lagu Zaiton Sameon

15 comments:

aqishah said...

topik yg bagus

sedar diri... hurm just utk ingat mengingati agar kita berpijak d bumi yg nyata...

sifat ini juga sama ngan rendah diri iaitu semakin tunduk semakin berisi.. jgn alpha dan takbur dgn pujian.


sedarlah diri kita siapa..

rusna wana said...

aku sntiasa 'sedar diri' walau dimana aku berada..sedar asal usul ku..syukurrr...

♥CHaRa♥ said...

kekadang manusia ni x sedar diri bila dah maju.tp ada jugak manusia ni yg sedar diri.

buat malu kaum je bila ada yg berkelakuan mcm tu.

Mia said...

hrmm
Sedar diri = Mengakui asal usul dan keperibadian diri..

sifat ini, makin lama seperti makin terhakis lah pula... ish... ada yg berlebih-lebih pulak sehingga memburukkan asal usul sendiri.. ish3.. kesian sangat dengan org seperti begitu..

cikbintang said...

kdg2 kita mmg xsdar dri dmna yg ptt dlakukn slagi mampu dan juga tdk mampu....

amiraliyana said...

kenkadang kita alpa bila berjauhan daripada keluarga. didikan agama yang baiklah yang menjadi pendinding daripada melakukan perkara2 tak elok tu. hmm mintak2 di jauhkan.

meoww cat said...

sifat sedar diri perlu ada pada semua orang supaya tidak lupa akan asal usul...janganlah terlalu bangga diri,kelak akan kecundang...

annur_islam said...

jadi la diri sendiri dan cuba perbaiki diri ke arah yang lebih baik.. Saban hari, iman kita ada naik turun..sebolehnya biarlah iman dalam diri nie semakin menebal untuk bekalan akhirat..Sifat lupa diri seharusnya tidak patut ada dalam diri..Pergi kemana pun, kita kene tahu asal usul kta yang sebenar..Jangan ada sikap sombong, bongkak dan angkuh..kelak akan memakan diri sendiri..Yang penting sekali, iman perlu teguh..Letak dimana pun, kalau iman tebal mungkin masih lagi mengawal dan menepis ape2 unsur yang bleh menjejaskan imej kita...wallahua'lam..:)

nanakimie said...

kena sentiasa sedar siapa diri kita moga kita xmudah lupa asal usul and xcakap besar...semua ni utk kebaikan kita semua:)

Ummu Ukasyah said...

seharusnya kita sedar kenapa kita diciptakan. Kenapa kita dijadikan khalifah di muka bumi.

Andai kita sedar hakikat penciptaan manusia, maka kita akan mudah untuk sedar diri.

Malu untuk melakukan maksiat. malu untuk membuka aurat. Malu untuk menghalalkan yang haram. Malu untuk mengagungkan budaya yang bukan berlandaskan Islam.

Seharusnya kita tidak malu untuk mengamalkan sunah nabi tetapi malu untuk mengamalkan budaya 'mat salleh'.

Sarah Naiema said...

Berusaha la untuk jadi diri sendiri.. Jangan terlalu taksud dengan persekitaran dan kemewahan dunia sehingga sanggup hidup dalam seperti lakonan semata2..

Cuba la menjadi seorang yang jujur dan sentiasa sedar akan diri sendiri.. kita hendaklah sedar akan diri kita supaya kelak tidak dibenci dan dipandang hina oleh orang.. Supaya hidup lebih diberkati oleh Allah S.W.T dalam mencari keredhaanNya..

Dengan sedar diri, sekurang2nya kita akan sentiasa ingat akan asal usul kita, batas2 dalam agama kita serta SuruhanNya..=)

Wan_hazel said...

tahu hukum dah hakamnya..Tak perlu diluar..kat dalam Malaysia pun kita dah leh tengok..Mereka org dah AMerika sangat..

kaseh suchi said...

pegangan agama sangat penting bagi kawal diri kita dari segala bagai ujian kat dunia ni....

kalau iman x kuat, kat kampong halaman pun da buat pernagai mat salleh kan?

jadi di mana letaknya budaya hidup dan cara orang kita..kalau kita tidak sedar diri,,sapa lagi nak sedarkan kita...

org melayu kite x sedar diri bukan sebab MELAYU MUDAH LUPA..
tapi sebab iman di dada belum cukup kuat..

renung2kan pendidikan agama kita mcamana

Si kOtAk HaTi said...

nice entry kakba..(^_^) congratulation....memang, kadang2 kita sendiri x sedar yang kita nie juga kadang2 lupa diri. entry peringatan nie sgt bagus...
orang melayu terutamanya generasi muda mudah terlupa & terikut budaya barat. semoga kita sama2 dilindungi allah & mengamalkan sifat2 baik dalam diri.

Wan_hazel said...

MElayu mudah lupa...peringatan untuk idir dah ade..tapi masih gak wat kesilapan yg sama...hm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...