Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia….
Apo kabo adik kakok kito? Harapnya semua sihat – sihat belako. Hari ni ambo bukan berniat nok promosi tetapi nok berkongsi dengan demo semua tentang sesuatu yang seharusnya kito miliki untuk melengkapkan diri kito dalam ibadah seharian iaitu gajet yang tengah ‘hot’ sekarang ni iaitu Al – Quran Digital. Ambo buat pemantauan baru – baru ni, banyak jenis Quran Digital yang dijual secara meluas di pasaran. Bermula dari harga RM199.00 hingga la ke RM1200. Boleh tahan juga harganya Quran Digital ni. Orang ramai pula tidak berkira tentang harga tapi lebih pentingkan manfaat yang akan diperolehi daripada gajet islamiah ini.
Al –Quran moden ini boleh diperolehi dari pelbagai jenama dan reka bentuk. Bermula dari jenis mp3, iPad hinggalah berbentuk seperti pen. Tetapi, yang paling mendapat sambutan di pasaran sekarang ialah Pen Digital Membaca Al – Quran atau Quran Read Pen. Ia terdiri daripada beberapa jenama dan harga yang berbeza. Ada yang berharga RM500 hinggalah RM350. Gajet elektronik ini ialah pen yang boleh membaca al-quran tetapi ia tidak boleh menulis. Bila pen ini disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, maka pen tersebut akan membacanya. Ayat-ayat Al-Quran dibaca oleh beberapa orang Qari terkenal dari Masjidil Haram antaranya seperti Sheikh Saad Al-Ghamidy Sheikh Misyari Rashid Sheikh Abdul Rahman As Sudais Sheikh Abdul Al-Matrud. Ia disediakan bersama sebuah Al-Quran lengkap 114 surah atau 30 juz.
Kerana kecanggihan gajet ini maka ambo harap, tidak tahu atau kurang faham membaca Al-Quran tidak boleh lagi dijadikan alasan untuk demo semua malas membaca dan mempelajarinya, kerana kito boleh mempelajarinya dari bacaan yang di baca oleh Qari-qari yang dipilih. Pen ini juga boleh disambungkan kepada pembesar suara supaya dapat mendengar dengan lebih kuat atau boleh juga disambungkan terus ke pembesar suara masjid atau surau tanpa memerlukan CD atau TAPE. Ia juga boleh disambung kepada earphone telinga untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain.
Nahaza: Ikuti sambungannya esok...
13 comments:
tapi hati2 dgn al-quran digital ni, terutamanya yg dari China - byk kesalahan..seperti yg dilaporkan baru2 ini..
Saya setuju dgn komen rusna tu....walau apa cara pun kita kena berguru dengan yang arif tentang alquran...jgn pandai sendiri.
xlama lagi ayah nana bakal dapat al-quran digital neh..xsabar nak tengok mcm mana and guna nanti:)
betul2x.kekadang pembeli x tgk.dia pk asal murah beli je.yg penting seeloknya sebelum beli kena tgk betul2x.hihi...
Bagus pada semua yang alert dengan perkembangan Al - Quran Digital ni. Memang banyak Quran Digital yang dari China tiada kelulusan sah. sebab itu, dalam entry ini semuanya cerita tentang Quran yang mendapat kelulusan dari Penerbitan Kementerian Dalam Negeri dan kerana itu juga harganya lebih mahal. Kalau murah tu, memang sah Made in China, Harap maklum...
tp kne hati2..jgn smpai bwk ke dlm toilet..ye r kn kalo ltk dlm poket...nt msa jln2 nk g toilet..trbwk skali...
Wan dengar dengar al Quran digital nie banyak kesalahan..so was was lak nak beli...lebih baik beli buku je..dan ada hikmahnya kenapa Al quran dicetak dan ditulis diatas kertas...
Kelebihan teknologi. Memudahkan kita bila kena dengan caranya. Walaupun kecil, fungsinya pelbagai. Cuma kena pastikan kesahihan kandungannya. Mujur Penerbitan KDN dah mula keluarkan kelulusan. Maknanya ada yang sahih dan tepat.
Kerja Kerajaan Secara Kontrak: Yang patut kita tahu
al-quran neh memang sangat membantu..if tak taw bacaan just tunjuk je pen tu kat quran..then kita boleh dengar dan ikut..insyAllah bacaan kita betul...
nanakimie
mengaji je time bulan ramadhan..teknoligi nie pun ada silap taw..
berapa harga AL-Quran Digital,pm sy
hilas_ein06@yahoo.com
Salam,berapa hrga Al-Quran Digital
pm sy di hilas_ein06@yahoo.com
Wan Hazel: Nampaknya saudara tak faham dengan fungsi Al Quran Digital ni. Baca betul - betul apa fungsi Al - Quran Digital ni. yang tidak betul adalah buatan China tapi apa yang ditulis oleh Nahaza adalah yang telah disahkan dan mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri. Jadi tiada isu kesilapan dalam tekbologi ini. Lagipun gajet ini adalah bacaan oleh imam -imam terkemuka dunia yang sebelum ini telah sedia ada dalam bentuk teknologi digital cuma gajet ini menyediakan alat yang boleh mengesan tanda bacaan dengan bunyi yang betul... jika kita baca sendiri Al - Quran tanpa bimbingan, kita tidak akan tau samada bacaan kita itu betu atau tidak.. itulah fungsi utama gajet ini. Harap maklum..
Post a Comment