Followers

Wednesday 25 May 2011

Mari Make....Kuih Muih Kelate..



♪♫♪♫ makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik ♪♫♪♫
♪♫♪♫supir mandi badak berendam♪♫♪♫

Lirik lagu ‘Makan’ nyanyian Jalil Hamid ini memang sesuai dengan topik GEGIRL kali ini. GEGIRL masih jalan-jalan cari makan di Kelantan. Kali ini GEGIRL akan berkongsi kuih yang tidak kurang unik namanya iaitu kuih butir nangka dan kuih tahi itik. Unik dan pelik kan namanya?

Kuih butir nangka digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir buah nangka. Ia sejenis kuih yang dibuat menggunakan beras pulut, santan dan gula melaka. Secara tradisional, daun pandan dikisar bagi menghasilkan pewarna hijau, tetapi masa kini terdapat kuih butir nangka yang dicampur pewarna merah dan lain-lain agar tampak lebih menarik lagi. Tapi, jangan tersalah antara kuih butir nangka dan kuih puteri mandi ya.


Ha! nama Kuih tahi itik ini membuatkan GEGIRL terpaku sebentar. Terkejut pun ada sebenarnya bila dengar nama kuih ini. Kuih tahi itik ini disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, oleh itu kita boleh mengolahnya mengikut cita rasa kita sendiri.

 







GEGIRL : Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.. 





12 comments:

Zalina Hassan Zamri said...

my feveret >>> nyum2x kuih tahi itik :)

Unknown said...

dua2 xpnah dgr..sbb nana bkn org qlate..hehe...kalo badak berendam penah dgr:) sedap! pasni bole la nana cuba kuih butir nangka ngn kuih tahi itik:)

Emmymazli said...

bestnyee... nak try la lepas ni.. hehehehhe

The Girl of The Future said...

aie.. mmg first2 bca pun, tergamam sebentar.. Mia btul2 tak tau.. se-pelik2,se-unik2, mana pun, baca2 .. mcm senang je buat kuih.. nak try, pastu mok suruh geng try.. senanglah nie klau last minute buat majlis makan.. hehehe.. :))))

Anonymous said...

best2x makanan ni.;)

amiraliyana said...

pernah dengar tapi tak pernah try. kalau kuih kelantan ni pernah try kuih akok(betul ka x ejaan?). adik2 mira dengan mira2 sekali panggil kuih akok tu kuih katak(pepandai ja letak nama) sebab badan kuih tu macam katak. huhu

Sarah Naiema said...

Kuih butir nangka tu sara jarang makan dan kuih tahi itik tu selalu jugak la sebab sara orang klate..

Rase kuih tahi itik tu manis2 camtu tapi tak ley la mkn sangat sbb manis tak baik utk kesihatan..=)

annurislam said...

Wahh..kebetulan, baru je lepas makan tadi kuih butir nangka..Iyer, saya orang kelantan semestinya tahu dan biasa makan kuih sebegini..Selain tahi itik, banyak lagi makanan kelantan yang manis2 contohnya jala mas, buah tanjung, akok, tepung pelita, dan sebagainya..Kemanisannya pasti akan menjadi kenangan yang paling manis kepada anda ketika berkunjung ke Kelantan. Hihi

Wan_hazel said...

yg nie wan pernah makan...nyam nyam...sedap..terasa lak kat mulut nie..terbayang bayang dah nie..alahai lapo nye

Anonymous said...

kuih2 kelantan d bulan puasa lagi besh2 tau kawan2..
hehehe

contohnya macam: 'lopat tike', 'woh kekoh ca'', 'bubur caca', macam2 lagi la...
yang penting sumanya manis2 n berlemak sebab guna santan...lemak berkrim la orang kata...

sebagai rakyat kelantan yang lahir & membesar d negeri csw kembang ni...kite bangga sangat sebab kelantan kaya ngan kueh2 yang jarang ada kat negeri2 len...hehehe

psssssttt: tips elak kena penyakit walopun makan banyak manis:-rajin2 bersenam,,pasal org kelantan makan manis tapi rajen besenam.org kelantan rajin bekebun n buat kerja2 yang kuar peluh macam 2 la...

Unknown said...

kalo bulan pose nengok kueh sedap2 semua nak beli...bila dah b'buka tak larat nak abeskan....hehe..tak lama lagi dh nak masok ramadhan kan.....tak sabar nak menyambut ramadhan kali neh..huhu...

Wan_hazel said...

kaseh suci..


kalau bulan puasa mesti byk makan..dan kat kelantan byk makan yang manis kan...A ah betul tu...kene lah rajin bersenam kan...baru lah boleh elak penyakit...manis tu kadang2 boleh jadi ubat jugak..hehehe


nanakimie


hahaha..perkara wajib tu..beli banyak2 ..hidang sampai penuh satu meja..bila nak mam lak tak terhabis..last2 terbuang...Puasa makin dekat..harap2 boleh jimat skit duit blanje tak makan tghri..student macam wan nie susah skit..hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...