Followers

Wednesday, 25 May 2011

Kebaikan Bersabar


Hari ni saya nak  ceritakan pula mengenai untungnya orang yang mempunyai sifat sabar…Kalau kita tengok sesama rakan, kita pasti akan dapat mengenal pasti ciri-ciri orang yang ada sifat pemarah dalam dirinya. Contohnya orang yang pemarah ni kebiasaannya lebih cepat melenting daripada orang lain. Keadaan ini sebenarnya adalah tidak baik dalam menjaga hubungan sesama  rakan. Oleh itu, orang yang mudah marah ni nak dinasihatkan supaya cuba untuk mengawal kemarahan anda kerana dengan kemarahan yang berlaku tu banyak lagi  masalah lain yang akan berlaku kepada tuan empunya diri. Orang yang terlalu marah ni dikatakan akan lebih mudah untuk mendapat penyakit dan antaranya adalah penyakit darah tinggi…Bahaya penyakit tu….Jadi pada sesiapa yang cepat sangat nak marah tu cuba la untuk senyum bagi mengurangkan rasa geram yang ada dalam diri tu ye…Kalau masih juga marah cuba banyakkan beristighfar dan baca ayat kursy mudah-mudahan reda dengan cepat kemarahannya.


Selain itu, untuk kurangkan kemarahan anda tu, cuba la maafkan sesiapa pun yang melakukan kesalahan kepada anda misalnya sebelum tidur tu cuba maafkan semua orang yang ada mungkin membuat anda terasa hati…Baru lah nanti esok pagi bangun rasa sihat dan lebih ceria sebab hati pun jadi tenang…Banyak sebenarnya kebaikan bagi orang yang sabar ni. Antaranya ialah mereka yang kuat tahap kesabarannya ni akan menjadi lebih survival  dalam mengharungi dugaan dan masalah yang menimpa. Kadang-kadang kita lihat ada orang yang masih boleh senyum walaupun lepas di marah…Cuba tengok muka kita bila marah... kan nampak buruk daripada rupa kita  senyum…Jadi  untuk kurangkan sifat yang macam ni, kita kena la cari sebab kenapa kita ni cepat marah. Jadilah orang yang mempunyai sifat sabar kerana dengan bersabar ini kita tak mudah melenting dan lebih mudah untuk dibawa berbincang dalam penyelesaian sesuatu  masalah.


Rashid: Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi) 

14 comments:

rusna wana said...

aku kira org yg penyabar jugak- tpi kadang2 tahap kesabaran tu ada batasnya juga...

nanakimie said...

nana xsuka org yang panas baran neh. marah xtentu pasal. nana baek2 jew. xpandai nak mrh org.hehe:)

EMMYMAZLI said...

sabar pun ada batasnya. jangan kita pula dipijaknya nanti....

Mia said...

hrmm .. sabar mmg perlu ada.. tapi jgnlah sengaja nak buat kesabaran tipis.. mmg suka cari masalah org tu.. hehehe.. klau Mia lah kan, Mia nie jenis yg gila2.. ahahah, first, Mia marah, pastu senyum and ketawalah pulak.. Mia mmg tak tahan klau marah..

Anyway, kan marah2 nie blh buat org nmpk tua.. eiihh, taknaklah.. klau nmpk matured, oklah juak.. hehehe

Kalau nak tegur tak suka tu pun, tegur baik2, takyah cpat melenting.. tak baik taw, takder org suke, lagi menakutkan adalah.. heheh..

♥CHaRa♥ said...

kadang2x sabar tu ada batasnya jugak.

Sarah Naiema said...

Emm, sabar itu separuh dari iman..Dari kite marah dan buat kite stress sapa b'larutan lebih better kite sabar jer.. Tapi sabar itu ada tahap nye, jangan pula kite sabar gan orang yang pijak pala kite..tapi tegur la untuk k'baikan..^_^

meoww cat said...

sabar itu separuh drp iman...kesabaran amat penting untuk mendapatkan sesuatu yg sempurna...

cikbintang said...

jgn smpai dipijk kesabarn kita...

amiraliyana said...

biasanya kalau mira tengah marah selalu tahan nafas dan hembus. selalunya menjadi. hilang rasa marah tu. cuba la apply =)

Ummu Ukasyah said...

Kebanyakan akhlak keimanan masuk ke dalam sabar, ketika pada suatu hari Rasulullah saw ditanya tentang iman, beliau menjawab: Iman aadalah sabar. Sebab kesabaran merupakan pelaksanaan keimanan yang paling banyak dan paling penting.

“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (QS. Al-Baqarah [2]: 177)

Dari itu kita dapat memahami mengapa al-Qur’an menjadikan masalah sabar sebagai kebahagiaan di akhirat, tiket masuk ke surga dan sarana untuk mendapatkan sambutan para malaikat.

Dalam surah Al-Insan [72]: 12 “Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan syurga dan (pakaian) sutera”.

Dalam surah Ar-Ra’d [13]:23-24 “…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”

Wan_hazel said...

sabar tu sepenuh daripada iman..bawak duduk or mam coklat byk2..leh lah kurangkan kmarahahan tu..Kdg2 sifat marah nie tak leh nak elakkan,..macma spontan lak nak marah..lepas tu baru sedar

kaseh suchi said...

bersabar & memaafkan saling berkait rapat...

jika kita bersabar...hati kita semakin lembut untuk memaafkan seseorang insan..

teringat kisah benar seorang suami yang tetap bersabar dengan kerenah si isteri yang selalu meminta cerai tanpa sebab2 munasabah...
si suami mendapat kasih sayang anak2 yang melimpah ruah..& akhirnya isteri itu sendiri gembira akhirnya melihat keluarga mereka bahagia

nanakimie said...

setuju dengan kaseh suchi....jika kita bersabar,hati kita semakin lembut utk memaafkan seseorang insan....semoga kita semua m'punyai sifat sabar dlm diri....sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan Illahi..

Wan_hazel said...

amin..semoga kita sabar dan tabah..memaafkan adalah yang terbaik..sabar dgn ketentuan dan sikap sgelintir masyarakat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...