Followers

Tuesday, 24 May 2011

Seni di Sekeliling Kita


Seperti lukisan alam

Seni bermakna halus, kecil, tipis. Ada yang mentakrifkan seni itu sesuatu yang cantik dan indah. Betapa apabila terlihatkan keindahan alam ini ada pelbagai seni yang terzahir daripada-Nya. Alam yang diciptakan oleh Al-Khaliq (Maha Pencipta) berwarna-warni cantik tak terperi.

 Aurora di kaki langit tanda kebesaran Maha Pencipta

Di sebalik ciptaan itu, ada makna yang tersembunyi. Di sekeliling kita, alam bagai dilukis – lihatlah pemandangan pada waktu senja, tujuh warna pelangi dan aurora di kaki langit. Semuanya dengan kecantikan tersendiri.

 Senibina Taj Mahal unik dan tersendiri

Manusia juga diciptakan dengan penuh berseni. Seni juga ada dalam diri setiap manusia – sama ada secara semula jadi atau dipupuk kemahirannya. Seni tari, seni lukis, seni lakon, seni fotografi atau seni bina adalah sebahagian daripada hasil seni manusia.

Sesungguhnya seni itu ada di dalam kehidupan ini. Manusia hanya perlu mengambil sedikit masa untuk menikmati, memahami, mengagumi dan menghayati seni di sekeliling kita. Hasil seni adalah untuk dihargai bukan untuk dibiarkan sepi lalu mati. Kerana itu...Seni adalah untuk semua.

 








CikPanda: Seni mempertahankan diri, termasuk kategori seni tak?

18 comments:

nanakimie said...

nana suka nengok orang yang ada bakat seni,xkiralah melukis ke,menari ke:)

CikPanda said...

nanakimie, awak pun boleh menyumbang dalam seni. mulalah dari sekarang dan saya sokong 100 peratus. chaiyokk...

EMMYMAZLI said...

saya tak berseni dari segi melukis tetapi saya suka decorate something.. itu seni ke.. seni kraftangan ekkk??? seni menyanyi di kira tak... ??? nyanyi pun saya minat... hehehhe

Mia said...

Mia sebenarnya mmg mok msuk dlm bidang seni nie.. tak ksahlah, fotografi, menari, menyanyi, melukis dan mcm2.. Mia mmg mok tgk bakat apa yg Mia blh terajui dlm bidang seni..

Klau melukis, sgt2 ikut mood.. kadang kalau takde mood, cantik lagi lukisan adik mia.. kalau menari, tak bnyk peluang hendak tonjolkan.. dan mcm2 lah halangan.. amat sadis.. huhuhue.. kebanyakan suruh mia fokus dlm akademik dan "bercakap" (sebab Mia kira bagus lah juga) Tapi, Mia dan bukan Mia seorang, for sure bnyk org, mmg tidak dpt peluang hendak mencuba...

nanakimie said...

cik panda...dulu2 jew nana ada mnyumbang..hehe..nana slalu masuk tarian..dari tadika sampai form4..pastu skg neh stop da:)

♥CHaRa♥ said...

huhu..mak chara ada seni gubah bunga, mengait dan buat kraf tangan skit2x.hihi~

amiraliyana said...

aurora itu sangat cantik! indah sungguh ciptaan-NYA. subhanaAllah!

CikPanda said...

emmymazli: yup menyanyi juga salah satu cabang seni. tp skrg ni ramai orang menyanyi tu semata-mata pada nilai komersial dan nak raih populariti. penyanyi yang berseni perlu mendalami bidang tersebut.

CikPanda said...

Mia,dalam hidup ni ada banyak yang kita nak capai tapi tak semuanya akan kita perolehi dalam satu masa yang singkat. sekarang fokuskan pada satu keperluan yang menjadi keutamaan.

pelan2 kayuh nanti barulah dapat lihat hasilnya. Insya Allah peluang itu sentiasa ada tp tanya dulu pada diri kita sama ada kita sudah bersedia atau tidak.

saya doakan mia berjaya dalam apa jua perkara yang diceburi :)

CikPanda said...

nanakimie, masa sekolah rendah dulu saya masuk menari tarian tempurung... hehehe. dah besar2 ni rasa 'kayu' kalau nk menari macam kecik2 dulu...

CikPanda said...

chara, hmm... bab mengait tu memang saya tak pernah dapat apa-apa pendedahan. nampak gayanya saya kenalah menuntut dengan mak chara ni. hehe

CikPanda said...

amiraliyana, tiada yang lebih indah melihat ciptaan daripada-Nya. segala puji hanya bagi Allah.

Sarah Naiema said...

Banyak betul seni disekeliling kite nie... Lau kite semai dalam diri kite awal2 serta m'punyai minat , semua seni mesti kite boleh buat..^^

Seni yang paling memukau hati Sara ialah seni tarian.. Tak semua orang boleh menari..Hakikatnya mula2 memang kaku cam robot lama2 m'jadi juga.. tu la minat tu penting...

Em, dulu Sarah aktif dalam kawad kaki.. tu ada jugak tak seni? sebab kami banyak m'buat kawad bunga atau dikenali sebagai kawad farmasi..^^

tapi skunk sara lebih b'minat dalam aktiviti b'cakap seperti debat dan pidato..tu dikira seni juga kan=)

Seni sebegini lau disemai dan m'punyai minat m'dalam, insyaAllah dapat m'bantu kite dalam k'hidupan..seperti m'cari p'dapatan m'gunakan bakat yang ada..=)

nanakimie said...

wah,tarian tempurung?macam mana tu sis?nana tak penah dengar pulak.huhu.. nana ada belajar tarian sumazau, zapin, apa tah lagi.tapi dah byk lupa..hehe..seronok kan sis bila menari,skang dah besar ada rasa malu nak joget2..hehe

CikPanda said...

sara, kawad formasi tu memang menarik. thn lepas masa sambutan hari merdeka kat bukit jalil barulah pertama kali saya tengok kawad formasi ni.

masa sambutan hari belia kat putrajaya baru-baru ni pulak saya tengok pertandingan kompang formasi. memang menarik dan menghiburkan.

CikPanda said...

nanakimie: tarian tempurug ni selalunya ditarikan oleh orang lelaki. jadi pada masa tu saya di sekolah rendah, menarilah dgn memakai baju melayu lengkap sebab pertandingan, dik. hehe... nasib baik menang ;)

mungkin tarian ni dah sukar nk dijumpai kat mana-mana. kalau saya tak terlibat dalam tari-menari dulu, confirm saya pun tak tau apa-apa tentang tarian ni.

nanakimie said...

owh....patutla,nana pernah jugak pakai baju lelaki..baju silat...tak ingat menari apa...hehe...bertuah lah sis dapat belajar tarian tempurung tu:)menang pulak tu,hehe

Wan_hazel said...

seni punya pelbagai rupa..e=seni islam..seni budaya..seni muzik dan banyak lagi..dalam Islam pun tekankan seni nie perlu..hukum nya harus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...