Followers

Monday 9 May 2011

Kenapa Diet Tak Menjadi


Faktor yang keempat kenapa diet tak menjadi ialah, korang tak kunyah makanan tu sikit-sikit. Contohnya sambil kemas rumah, korang mengunyah kerepek la, makan kuih-muih, makan makanan ringan la. Pusing-pusing sambil ambil sikit-sikit, lama-lama beratus-ratus kalori masuk. Korang mesti lupa punya, berapa jumlah kunyahan makanan yang korang makan tadi. Ni yang menyebabkan korang gemuk. Senang-senang jer, korang ambil kalori. Aktiviti kemas rumah, takder la berat sangat. Makan dengan tergesa-gesa membuatkan korang makan dalam kuantiti yang banyak. Dengan itu, kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan sambil menikmati kelazatannya. Makanan akan mudah dihadam. Kunyahan yang sempurna akan menyebabkan  pergerakan peristalsis yang lebih cepat dan normal. 

Faktor yang kelima ialah tolong lah jangan meletakan harapan yang menggunung. Jangan la target nak kurus dalam masa yang singkat. Diet yoyo akan menjejaskan kesihatan. Kalau korang tak capai sasaran, korang akan putus asa. Bila dah putus asa, malas lak nak berdiet. Korang kena mula dengan perlahan-lahan. Biar lambat asalkan ia berkesan.  Ketika berdiet korang jangan rasa tertekan sangat. Jangan timbang berat hari-hari. At least seminggu sekali untuk pemantauan berat badan. Diet macam ni lambat cikit, kalau nak naik balik pun, daripada crash diet.  Paling penting ialah sematkan DISIPLIN dalam diri untuk menangkis kecelaruan selera kita.
Makan pil pelangsing pun merupakan jalan pintas nak kurus. Ada produk yang boleh menjejaskan kesihatan. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis seperti “penurunan berat badan yang cepat tanpa berdiet dan senaman”.  Biasanya maklumat kandungan tak lengkap dan pula produk ada yang mencecah ratusan dan ribuan  ringgit. Selain mengambil produk pelangsingan badan, diet dan senaman yang bersesuaian perlu diamalkan. Ada juga produk pelangsingan yang berasaskan herba yang baik untuk kesihatan.  Jadilah pengguna yang bijak. Kita nak kurus dan sihat. 


 





Jentayu: Banyak faktor yang menyumbang kepada kegemukan. Renung-renungkan lah. Kita nak kehidupan yang sempurna dan sihat walafiat.






10 comments:

Emmymazli said...

Hehehehhe... terasa la pulak!!!

Emmymazli said...

Selamat menyambut Sambutan Hari Tanpa Rokok Sedunia pada 1 Jun 2011

Unknown said...

xperlu diet2:)kurus ke,gemuk ke yg penting badan sihat...hehe...

Anonymous said...

nasib baik ayah x merokok.tp chara tgk budak skolah rendah pun dah mula blajar merokok akibat terpengaruh dari kwn.mcm2x hal pulak.~

The Girl of The Future said...

Mia ada terbaca, Kunyahlah Makanan Sebanyak 21 Kali!! Banyak tu.. nak kira lagi.. tapi, apa blh buat, utk kesihatan diri juga...

Tapi kan, tak yahlah kurus hingga nampak seperti rangka tulang berjalan.. *minta maaf bagi yg terasa* cukuplah badan sihat dan cergas.. :))

Haruslah bersyukur dengan kehidupan yg Tuhan sudah kurniakan kepada anda

Sarah Naiema said...

Mengunyah makanan nie penting bagi membantu sistem penghadaman kite dalam mencernakan makanan.. Ikut la sunnah Nabi S.A.W dalam mengunyah makanan sebanyak 40kali.. Mungkin m'gunyah secara pelahan dapat membantu supaya cepat kenyang dan tahan lapar.. sambil tu dapat merasai kelazatan sesuatu makanan tu jugak..^^

Betul tu displin sangat la penting dalam m'guruskan diet nie... jangan kite hanya angan2 tahi ayam saja.. perlu rajin berusaha dan tidak berputus asa.. Pendirian diri hendaklah teguh dan tetap supaya matlamat yang kite ingin capai berjaya..

Nak kuruskan badan, tak perlu pil pelangsing.. kadang2 ada sstgh pil pelangsing nie hanya m'habiskan wang jer, tak ada kesan tapi effect yang buruk pula ada.. Nak beli produk pelangsing pon tengok dlu bahan2 kimianya..kadang2 kesan menjadi tapi boleh memberi kesan buruk kepada perut.. so, berhati2 ckit dalam m'milih2 produk2 sebegini..^^

Ummu Ukasyah said...

Ni lagi satu tabiat, mulut sentiasa nak mengunyah. Hatta lepas makan nasi pun nak makan jajan lagi. Makanlah untuk hidup, bukan hidup untuk makan.


Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Alloh tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (QS: Al A’Raaf (7) : 31).

Dalam keseharian Nabi mempraktikkan, “ Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang, isilah perut kalian dengan 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 udara. Orang yang paling disukai Alloh diantara kalian yang paling sedikit makannya dan paling ringan tubuhnya (HR. Ibnu Abbas).

” Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (QS : Al Baqoroh (2) : 172).

”Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah. (QS : An Nahl (16) : 114)

Wan_hazel said...

wan suka komen Ummu Ukasyah...betul2

Anonymous said...

mengunyah mekanan ringan da jadi macam trend remaja kan...sambil tengok tv..sambil baca majalah,,sambil blogging....

kalau kite tukar makanan ringan tu kunyah je buah2han bole jadi diet pe...

saya suggest kat sapa2 yang memang suka mengunyah la..hehe

n lagi 1 kadar metaboloisme sesorang tu x sama jadi x heran la kalo yang rajin mengunyah tapi mentain kurus sebab metabolism dia tinggi jadik kena makan banyak =)

Wan_hazel said...

kaseh suchi

sebanarnya makanan ringan tu murah dari beli buah buahan..tu lah makanan ringan jd trend remja..nak g bkelah pun bawak skali maknan ringan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...