Followers

Thursday, 5 May 2011

Kenapa Diet Tak Menjadi



Skip breakfast…
Jangan skip breakfast. Kalau korang skip, membuatkan korang bertambah lapar bila tengahari mula menjenguk. Kita akan cenderung makan lebih banyak. Konon skip breakfast leh kurus la…korang kena ingat lemak tak terbakar tau, kalau metabolisme kita rendah. So kena makan, pastikan metabolisme kita cukup. Breakfast lak jangan la hari-hari nasi lemak dan roti canai. Kuih muih pun tinggi gak kalori dia. Kalu breakfast kuih 3 biji + nasi lemak sebungkus +  the tarik= ? ……Kalau malas sangat  pun, at least makan la cereals dengan susu rendah lemak. Pandai-pandai la control. Breakfast menentukan kecergasan kita seharian. Kalau pagi-pagi pun dah down, camno nak tunggu sampai kul 4.30 petang.


Penangan masakan ibu
Memang masakan ibu pergggghhhhhhhhh sedap. Tiada tolak bandingan. Tambah korang duk jauh dengan parent. Time balik jarang-jarang ni la nak makan banyak. Tu alasan biasa didengar. Tambah lak mak masak makanan favourite. Dua pinggang tak sah la…tak salah nak makan, tapi ambil lah dalam kuantiti yang sedikit. Lebih kan sayur dan banyak minum air putih. 


Majlis Farewell
Selalunya kalau majlis camni, agak-agak ramai yang langgar pantang. “time ni la nak makan banyak pun, nak raikan bersama kawan-kawan” .  Apa yang korang makan ari tu bukanya lemak tu terus terbakar tau. Kalau kalori tak dibakar terus lemak –lemak menyelubungi badan anda. Perut pun dah flabby dan double chin…..Kan banyak menu, bijak la cikit ketika memilih makanan tu. Time shopping cerewet lak memilih. Kalau ada yang panggang dan bakar lagi elok.  Pastu makan buah-buahan ke salad ker. Kalau nak makan yang lain pun boleh tapi, amik cikit jer, just merasa. Guna piring jera ambil makanan tu. Kena selalu remind berapa kalori dah masuk dalam badan kita dan betapa susah nyer nak bakar kalori tu. 

Ada lagi 3 kesalahan diet untuk dikongsi….next episod erk….







Jenyatu: Kita perlu tahu tahap kemampuan tubuh badan kita ketika berdiet. Jangan terlalu obsess nak kurus.


10 comments:

EMMYMAZLI said...

Really2 no komen... sbb terasa cam kena btg hidung sendiri... heheheheh

♥CHaRa♥ said...

kadang2x niat dihati nak diet.tp bila nampak makanan sedap terus x menjadi.betul kan.haha

Mia said...

Mmg, kekadang x dpt control nafsu hendak makan.. dha sedap mata memandang, apa lagi, air liur pun sudah meleleh *opps* :) especially masakan ibu tersayang.. *wah...!*

Breakfast se-mmg2nya jgn ditinggalkan.. kang percuma dapat gastrik sebab asid dlm badan sebenarnya mencernakan perut anda.. :)

Sarah Naiema said...

Betul tu breakfast banyak membantu kite untuk lebih bertenaga dan cepat kenyang serta lambat lapar time tengahari.. tu la kelebihan breakfast..tapi awas kite jangan pula makan secara berlebihan time breakfast, tak baik untuk kesihatan taw..

Emm, masakan ibu lau sudah lama tak makan memang jadi terangkat la..lebih2 kite yang duk jauh gan keluarga, jarang balik tentu la jadi teringin dan m'gindam sangat2 nak makan masakan ibu.. Diet pon tidak terpikir pada masa tu.. Cuba la makan dengan kuantiti yang sedikit..

Nak diet kadang2 tak menjadi lau tengok makanan2 yang sedap depan mata nie..So, cuba kawal nafsu perlahan2..mmg susah nak hindarinya tapi teruskan supaya diet tu tercapai juga..=)

amiraliyana said...

ermm. kenkadang ter'skip' gak breakfast tu.. btw entry ni memang betul2 kena dengan diri ni. hehe

annur_islam said...

Pada pendapat saya, tak usah la berdiet sangat..cume kene pandai jaga pemakanan..Ambil karbohydrate, protein dan lemak dalam kadar tertentu yang yang diperlukan oleh badan..Jangan sampai terlebih dan terkurang nnt akan memberikan kesan negatif pada diri..Insyaallah, dengan cara sbegini tubuh kita bukan shaja maintain tapi sentiasa sihat..Cumanya kene ad semangat dan disiplin yang tinggi dalam menentukan dan kawal nilai protein, karbohydrate dan lemak dalam badan..:)

nanakimie said...

nana selalu skip breakfast kalo duk asrama.hehe...duk umah tak penah skip,ada jew sarapan mak buat.semestinya masakan ibu sangat sedap!:)

Ummu Ukasyah said...

Amalkan sunah nabi.. makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang..

Alhamdulillah.. tak perlu nak berdiet..

dan bagi pelahap tu, ingatlah orang lain yang kelaparan di luar sana.

Wan_hazel said...

diet..wan tak pernah diet...tak taw lak..jg makanan..bykn minum susu dan makan proten je kot..

kaseh suchi said...

makan ketika lapar,, berhenti sebelum kenyang....
ni formula diet terbaek la kan...
rasulullah yang ajar macam ni kan...
ikut jela...

jangan da bersendawa sampai 3 kali pon tambah jugak seah..hehehe
maklumla makanan sedap n free hahaha.
hakikatnya makanan2 yang sedap tu la tinggi kolestrol...

kalau sambal tumis...x nampak minyak...x lalu kan..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...