Followers

Monday, 9 May 2011

Awas Peraduan Gores Dan Menang!!



Kita sering terdengar sekarang kejadian ragut, samun dan rompakan berlaku…Jadi di kesempatan ini saya ingin menceritakan pengalaman seorang jiran yang menjadi mangsa kepada peraduan gores dan menang.

Ketaksuban untuk memiliki kemewahan mendorong seseorang untuk tidak berfikir panjang dan terus untuk menerima tawaran hadiah yang di sediakan. Ceritanya bermula pada satu petang datang seorang jurujual ke rumahnya dan menawarkan sebuah kereta Perdana untuk pertaduan Gores dan Menang. Akibat terlalu teruja dengan tawaran hadiah, tanpa berlengah terus mengores kad tersebut dengan harapan berjaya memiliki kereta tersebut.

Rupa-rupanya setelah digores ternyata hadiah yang di tawarkan bukanlah sebuah kereta Perdana,tetapi  hanya barangan elektrek yang tidak di kenalpasti jenamanya. Alangkah hancurnya hati mak minah apabila sekadar mendapat sebuah kerusi urut yang sangat simple reka bentuknya hasil daripada peraduan yang disertai.

Nak di jadikan cerita,kenapa la mak minah ni bermuram dengan hadiah yang di perolehi sedangkan ianya mungkin dapat di beli dengan bayaran yang murah. Terfikir jugak kenapalah mak minah ni sedih sangat.Bila diberitahu sebelum die membuat Goresan, si jurujual telah meminta RM 2000 sebagai syarat untuk menyertai peraduan Gores bagi mendapatkan hadiah kereta perdana tersebut. 

Alangkah bijaknya si jurujual memberikan janji-janji manis sehingga memperdayakan orang. Justeru itu nak di sampaikan pesan kepada sesiapa pun,kenalah berhati-hati dan berwaspada terhadap tawaran daripada peraduan gores dan menang supaya tidak menjadi mangsa kerakusan mereka.


12 comments:

aqishah said...

dah lama gak kegiatan ni... hurm jgn terpedaya mcm2 cara diaorg buat nak bagi percaya... bnyk kali kena.. tapi buat x layan je...

yg musykil kalo menang nape nak kena bayar plak kan..

yg kelakar mereka yg hepi lebih bila kata kita menang gores n menang..

umiliza989 said...

mmm....adik saya pun pernah terkena gores n menang nie..habis 2 3 ribu,tp habuk pun xder...sabo jer ler..kesian adikku

EMMYMAZLI said...

saya sendiri hampir terkena...nasib baik husband saya amat tegas. kalau tak, saya pun dah jadi mangsa penipuan ni.

nanakimie said...

macam2 cara org nak tipu kita,apa yg penting diri sendiri kena lebih berhati2..jgn mudah percaya dgn stiap twrn yg diberikan

♥CHaRa♥ said...

haha..bila ckp pasal gores dan menag ni prnh sekali dia dtg umah atuk chara suruh gores akan dpt hadiah.tp nsb baik atuk tak percaya dgn benda2x ni sume.hihi~

Mia said...

Sekarang, macam2 dah cara duniawi sekarang.. so, diminta semua agar selalu berhati-hati.. Jangan pula senang terpedaya... Dunia dha bergerak ke arah pemodenan baru..
~ Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya ~

Sarah Naiema said...

Emm,macam2 berlaku skunk nie..semua nya cam nak bagi cepat kaya tapi tipu semuanya..jesteru kite kena lebih berwaspada dalam hal2 camni..

Lau umi sarah, datang orang2 camni da lama dia tutp pintu umah tak bagi masuk..hihi^_^

acid said...

Yea btl sb setiap ape yg berlaku dalam khidupan kt perlu la lbh berhati-hati dengan memikirkan baik dan buruk dalam setiap tindakan yg kita lakukan...Mcm2 care dilakukan untuk mengaut keuntugan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan kepada orang yang ditipu...buat semua individu yang terlibat tu cubela fikir kalau ia berlaku kpd keluarga anda??apa yang akan anda rasai??Jd kne lbh berhati2 dengan peraduan sedemikian...

Ummu Ukasyah said...

Gores dan menang. Kena hati-hati. Jangan mudah terpedaya. Kalau saya walaupun orang bagi hadiah satu juta, kalau kena bayar dulu. Baik, tinggalkan ajerlah. kalau free goreslah banyak-banyak, biar mereka rugi. :D

Jika ada orang yang mengajak kita untuk menyertai gores dan menang,dinasihatkan terus menolak permintaan itu atau jangan membayar apa-apa nilai termasuk dalam bentuk wang tunai, menggunakan kredit kad serta barangan kemas yang dikehendaki kerana ia adalah perangkap untuk menjerat dan menipu.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiak berguna.

kaseh suchi said...

so far saya xpenah tekena tapi dengan adanya peringatan dari rakan klik kita dapat berjaga2 la kan

masyarakat kita suka mencuba...tu yang ramai terkena kan.

Wan_hazel said...

wan tak pernah kene..slalu main gore dan menang yang tiket harga 20sen tu..bebudak je lah..leh menang kreta mainan dan macam2 lagi..seronok gak..ehehe

Anonymous said...

sy penh alami..dh gores..kat kertas tu tunjuk mng kete perdana..pas tu dorang suruh pergi ofis utk tuntut hadiah..bila kt ofis, dorang suruh beli produk RM3ribu utk dptkn hadiah tu pulak..cam haram

sib baik tak tjebak smpai kluar duit..hati2 lh dgn peraduan ni...info paling lengkap sy jumpa kat portal Jurnal Malaysia.. nampak sesuai untuk dijadikan panduan untuk mengelak dari tertipu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...