Followers

Thursday, 5 May 2011

Pengaruh Black Metal



Salam 1Malaysia semua,
Dalam keluaran yang lepas, saya menulis tentang isu dan cabaran keruntuhan akhlak yang melibatkan skinhead dan budaya punk. Seperti yang dijanjikan, saya menulis kali ini tentang salah satu pengaruh yang menyebabkan keruntuhan akhlak juga iaitu black metal. Tahukah anda?


Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Diantaranya adalah ia mencemuh semua agama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keagamaan pagan. Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis agama.  Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.

Hmmm... Malu dan bingung memikirkan masalah keruntuhan akhlak yang menimpa di kalangan warga Malaysia pada masa kini. Saya melihat fenomena ini dengan membuat satu solusi di mana,  keruntuhan akhlak yang menjadi ancaman rakyat  Malaysia bermula dari diri individu itu sendiri.  Mereka ini berjiwa kerdil, pasif, tidak menghargai diri, tidak berpendirian dan tidak berwawasan.  Mereka  juga tidak mempunyai identiti sendiri, mudah terpengaruh dan lebih mengagung-agungkan budaya kuning dari barat.  Sepatutnya mereka bangga dengan adat ketimuran yang terkenal dengan budi bahasanya. 

Justeru, saya amat menyeru kepada semua di luar sana agar sama-sama membendung gejala ini dan berusaha menjadi insan kamil yang cemerlang dan terbilang.


Hbbjutawan:  Berharap kita semua menjadi insan yang lebih berdedikasi  

10 comments:

♥CHaRa♥ said...

macam2x hal skang ni.budak pun blh terpengaruh...

EMMYMAZLI said...

haishh!!!... yg bukan-bukan jer nak dibuatnye.... tak faham laa...

Mia said...

Haih... Nampak gayanya negara kita masih 'dijajah'... dengan budaya2 luar seperti sudah sebati dengan remaja2 sekarang.. mereka seperti sudah dikaburi mata dengan nikmat yg dunia berikan dan lupakan dunia akhirat yg akan menimpa setiap insan di bumi...

Sarah Naiema said...

Budak2 zaman skunk nie mudah terpengaruh tanpa b'fikir secara m'luas.. Mula la t'jadinya keruntuhan akhlak dikalangan2 remaja..

Mereka lebih cenderung dengan mudah lupa dan cepat t'goda dengan wang ringgit apabila ditawarkan walhal diorang mungkin tau or mungkin tidak yang benda tu m'yalahi agama..

Sama2 la kite m'bendung generasi yg akan datang supaya tidak t'jebak perkara2 s'begini..^_^

amiraliyana said...

betul! mereka yang terpengaruh merupakan mereka yang tiada pendirian dan tidak menghargai diri mereka sendiri.(bukan nak menghukum mereka) semak kepala tengok pelik2 style mereka. cara berpakaian dan make up mereka tu.

nanakimie said...

lama dah nana xdengar pasal isu neh.kalo dulu baca mastika jew mesti pasal black metal..huhu..apa nak jadi lah anak muda sekarang.semoga anak2 kita semua punya pegangan agama yg cukup kuat.amin..

Ummu Ukasyah said...

Macam-macam sekarang ni. Black Metal. Gerun dengar bila 'budak' yang lahir Islam dan dididik dengan ajaran Islam terjebak dengan gejala Black Metal ni.

Nak cuba sesuatu yang baru tak kena tempat. Cubalah perasaan nak cuba yang baru diletkkan di tempat yang betul ni tidak. Sah-sah salah nak juga ikut. Tak faham saya.

"Allahumma innii a'udzubika annusyrikabika syaian a'lamuhu wa astaghfiruka lima laa a'lamuhu." (Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari syirik kepada-Mu dalam perbuatan yang aku lakukan dan aku memohon ampun kepada-Mu terhadap apa yang tidak aku ketahui.)

Wan_hazel said...

remaja nie cepat je terpngaruh..skang nie ramai yg tpengaruh dgn K pop..metal...punk..pop semua da buruk dan baik nya,,rmaja nak enjoy je..

kaseh suchi said...

mau yang enjoy aja...tnpa fikir baik buruk sesuatu perkara macam tu la jadinya,,,,
black metal ni masih wujud upanya kan...saya ingat da lesap la...

remaja memang golongan palaing mudah menerima sesuatu perkara...nak-nak kalau tengah jiwa kacau, jadi untuk mengelakkan perkara2 yang x diingini berlaku remaja harus berfikiran positif dalam apa jua perkara yang berlaku pada masa yang sma fikir dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu

jangan terhantuk baru nak terngadah =)

Wan_hazel said...

remaja terlalu lalai...dan mudah terpengaruh..pengaruh baik tak nak lak..huh..remaja2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...