Followers

Friday, 20 May 2011

Kejutan Budaya


                                                             
‘Apa yang dicari tu?’ tanya saya kepada seorang rakan dari negara jiran. Beliau asyik mengacau-ngacau gulai terung  di meja buffet dikediaman seorang rakan diplomat, seolah-olah mencari sesuatu. ‘Telur,’ jawab beliau. Alamak! Gulai egg plant yang disebut oleh tuan rumah disangkanya telur. Di negara kita dan di negara beliau juga, terung disebut brinjal. Saya jelaskan kepada beliau bahawa di sesetengah negara ia disebut egg plant. Barulah beliau faham.

Sewaktu TYT Duta Besar kami adakan majlis jamuan, kuih –muih tradisional kita turut dihidangkan. Pernah seorang pemuda Amerika  buat pertama kalinya teruja untuk menikmati buah Melaka. Beliau makan dua biji sekali gus, apa lagi, ‘meletuplah’ kuih tu hingga air gulanya terpercik,meleleh ke bajunya.“Ah….there’s a surprise inside’, katanya secara spontan dan diplomatik, tetapi menurut beliau, beliau suka kuih buah Melaka.

Alahai kesiannya pada seorang mem dari sebuah negara barat. Beliau cuba makan kuih lepat pisang dengan daunnya sekali! Beliau terbatuk-batuk seperti orang tercekik tulang. Mujurlah beliau tak apa-apa. Sejak dari peristiwa tersebut, setiap kali diadakan majlis jamuan, kami akan letakkan label pada kuih-muih yang berbalut  dengan daun pisang: ‘Please do not eat the banana leaf’.

Seperkara lagi,ada sesetengah masyarakat asing  yang gemar makan hirisan limau Sunkist dengan kulit-kulitnya sekali. Pada mulanya saya  rasa agak pelik , tetapi akhirnya saya sendiri cuba makan kulit limau yang biasa juga dimasukkan ke dalam masakan. Hmmm……enak juga!


JMJ: Jauh berjalan,luas pandangan dan pengalaman.

9 comments:

acid said...

sangat baik cerita yang dinyatakan...jadi disini jelas menunjukkan xsemua bnda tu boleh dimakan dengankulit2nye sekali...Sb tu kita dilatih supaya beradap semasa menikmati rezki dpd tuhan...cerita yang baik tahniah kepada JMJ...

nanakimie said...

hehe..lucu pulak makan sekali ngn kulit lepat tu..mujur xde pape:) kalo makan buah melaka mmg kena berhati2 kan..kalo x abes meletup:)

EMMYMAZLI said...

heheheh.... bahaya gak ni.. siap nak kena mention psl daun pisang ni heheheh... tp emmy penah cuba masukkan kulit oren dalam masakan rendang daging... mmg wangi dan sedap... cuba la....

Mia said...

So, moral of the story, sebelum pergi ke tmpat yg asing, haruslah mengenali tempat tersebut dan budaya di sana.. jangan pula 'Cultural shock' ... :))))

♥CHaRa♥ said...

lamanya x mkn lepat pisang yg atuk buat.hihi.

amiraliyana said...

hehe. kelakar. tapi tu la hakikatnya kan. budaya memang lain2.

perkongsian yang menarik.=)

Sarah Naiema said...

Budaya dan adab diantara negara2 begitu berlainan sama sekali..

Jesteru, kite hendaklah mengenali dulu adab dan budaya sesuatu negara tu terlebih dahulu sebelum nak melancong ke negara lain supaya nanti tak la rasa pelik sangat.. dapat la taw serba sikit pengetahuan tentang adab negara luar..yang buruk kita jauhi, yang baik kite pelajari ^^..

Selain tu, cuba survey dulu tempat lau kite nak melancong sesuatu tmpt tu, nanti tak adalah cultural shock sangat..

Wan_hazel said...

kulit limau sedap..limau belacan lah...kat sarwak limau dijadikan ulam..kira macam ulam lah..wat sambal

kaseh suchi said...

culture shock pasal makan upanya ;p

makan la..janji menda x menyakitkan kita @ x membahayakan kesihatan...

jangan balik2 malaysia bawak penyakit pasal makan kat tmpat orang sudaaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...