Followers

Friday, 15 April 2011

Ulasan Buku - Mengenali Rasulullah SAW


Artikel PS Mubin yang lepas mengajak anda semua mengamalkan tabiat membaca. Bagi memenuhi tuntutan itu pada ruagan  kali ini PS Mubin membicarakan ulasan dua buah buku untuk tatapan anda semua  dengan harapan anda mendapat serba sedikit maklumat berkaitan buku yang menjadi pilihan PS Mubin pada kali ini.
 


Tajuk Buku :  
MENGENALI  RASULLULAH  S.A.W

Rasulullah s.a.w merupakan contoh tertinggi dalam segala aspek kehidupan untuk dijadikan pedoman oleh manusia.  Baginda adalah pemimpin umat yang tiada tandingannya, idola kaum Muslimin dan uswatun hasanah kita sehingga ke hari kiamat. 

Rasulullah s.a.w adalah seorang da’i, pemberi nasihat dan pembina akhlak yang baik, sebagai pemuda islam yang lurus perilakunya dan dipercayai di kalangan kaum dan juga kerabatnya, sebagai da’i kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, pemimpin negara yang mengatur segala urusan dengan cerdas dan bijaksana, suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, panglima perang yang mahir, negarawan yang bijak dan jujur dan sebagai muslim secara keseluruhan yang dapat melakukan secara seimbang antara kewajipan beribadah kepada Allah dan bergaul dengan keluarga, sahabat dan masyarakat yang baik.

Sesungguhnya manusia yang paling bijak dan beruntung ialah mereka yang bijak mengurus dunianya seimbang dengan akhiratnya.  Maka ikutilah jejak langkah Rasulullah s.a.w dalam mengharungi dunia yang singkat ini untuk kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan akhirat yang berkekalan.
 







PS Mubin: Bacalah buku karangan Ustaz Johari Yaman ini.  Insyaalah anda akan dapat menghayati dan menyelami perjalanan hidup Rasulullah s.a.w demi keteguhan iman dan agama kita yang benar.   


13 comments:

AcuRose said...

menarik..
thanks for the info :)

story of my life said...

saya suka entry nie..menjadi panduan utk kita semua.. tq for sharing..

cikpuanhady said...

Sememangnya Raulullah S.A.W contoh teladan yg terbaik..thanks for sharing..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

Cute MuM said...

terima kasih atas info nie..

Anonymous said...

menarik..time kaseh sebab share;)

aqishah said...

jadikan sebagai pedoman hidup

rusna wana said...

untuk mendapatkan buku ini, datanglah ke Pusat Sumber di Tingkat 14...

aqishah said...

ohhh ada kat library rusna yek..

Unknown said...

thanks 4 sharing:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sekarang saya akan tanya amana " amana nak jadi mcm nabi muhammad tak? kalau nak amana kena gini gini gini.. jadikan Baginda sbg contoh pada anak-anak. tak payahla bagi contoh tengok artis A, artis B

Wan_hazel said...

info yang menarik..Sebaik baiknya ikutlah sunnah rasullullah

Ummu Ukasyah said...

Oleh sebab apa yang kita baca boleh mempengaruhi cara pemikiran kita, saya cuba untuk berhati-hati dalam memilih bahan bacaan.

Firman Allah bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).รข€ (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Allah mengiktiraf Nabi Muhammad contoh ikutan terbaik bagi insan yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat. Uswatun dalam ayat itu bererti model, contoh ikutan untuk ditiru atau diteladani.

Berdasarkan ayat ini, keredaan Allah sesuatu menjadi harapan (yarju) bagi setiap insan yang sedar kedudukannya sebagai makhluk tidak memberikan kesan terhadap apa-apa benda atau perkara melainkan dengan izin-Nya.

Wan_hazel said...

Ummu Ukasyah


tengs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...