Followers

Thursday, 14 April 2011

Mari Make..mace-mace jenis nasi ado di Kelate..



Jalan-jalan cari makan a.k.a jalan-jalan memenuhkan perut GEGIRL diteruskan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Seperti yang sedia maklum, Kelantan bukan sahaja terkenal dengan keunikan budayanya tetapi juga kepelbagaian makanannya. Namun pada kali ini, GEGIRL hanya  berkongsi hidangan yang berasaskan nasi.

Nasi biru atau nasi kerabu adalah makanan yang popular bukan hanya di negeri Pantai Timur ini, tetapi juga seluruh Malaysia. Nasi kerabu dihidangkan dengan pelbagai ulam seperti daun salom, daun kesum, bunga kantan, kacang panjang  dan tauge. Lebih umpphh lagi, dihidangkan bersama dengan budu sama ada mentah atau dimasak. Daging bakar, ikan goreng tepung, telur masin dan tentunya solok lada penambah rasa pada masakan ini.

Nama masakan di Kelantan juga unik seperti nama nasi ini, iaitu nasi tumpang yang berbentuk kon seperti roti tisu yang boleh didapati di kedai mamak. Nasinya mampat seperti nasi kapit. Lauknya diletak pada tapak (base) kon. Nasi yang digunakan agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu nasi tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang akan turun ke laut.

Setakat dua dulu masakan yang akan GEGIRL kongsi bersama pembaca, kita jumpa lagi dalam keluaran yang akan datang.







GEGIRL : Terima kasih tidak terhingga kepada Siti Dewi yang banyak berkongsi makanan tradisi negeri Kelate.

18 comments:

Anonymous said...

Gegirl bleh cadangkan tak tempat2 yg boleh dapat makannan2 yg dicrita nie..teliuk...

aqishah said...

shedapnya nasi kerabu

Miss Red Apple said...

baru tau ade nasi tumpang.....uniknyeee

Anonymous said...

sedapnyer mkn nasi kerabu ni.tapi nak buat nasi krabu ni memakan masa yg agak lamalah,hihi;)

AcuRose said...

mnearik gak ni cuba sesuatu yg lain. boleh try nnti.

story of my life said...

mcm nmpk sedap...nanti kena try rasa pulak..tp masakan kelantan ni terkenal dgn manisnya..kena cuba dulu nie..

cikpuanhady said...

peberet tuh nasi kerabu..nasi tumpang pulak rasanya tak pernah mkn lg..dgr2nya sedap juga..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

Cute MuM said...

nasi kerabu selalu makan.. nasi tumpang tue tak pernah try lagi..

deqlis said...

nasi kerabu , nasi dagang..mmg fav deqlis...

Cikbintang said...

mcm2 nasi kt msia ni..
sebutir beras ibarat setitik peluh petani heee

Unknown said...

sedapnya nasi krabu!xpenah dengar pulak nasi tumpang..hehe...kena cuba neh:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

makcik saya nak nasi biru tue?? masa ne saya tak tau nama nasi kerabu haha

amiraliyana said...

nasi tumpang? menarik gak.

Sarah Naiema said...

Nasi kerabu mmg la sedap lau dimakan gan budu.. tu la keunikan negeri kelantan.. Sebenarnya nasi kerabu nie banyak khasiat sebab banyak ulam2..budu pon ada b'khasiat kerana mengandungi bahan antioksidan, m'nigkatkan daya tubuh dan m'halang kanser..

Nasi Tumpang adalah nasi yang d'bungkus dgn daun pisang..sedap jugak =)

The Girl of The Future said...

erh, tak tau lah nasi kerabu a.k.a nasi biru horh.. :)
Mia baca, mmg plbagai jenis lauk lah dlm nasi kerabu... nie mesti banyak khasiat nya juga... : nyum3...

Nasi tumpang?? first time dengar.. heheh, mok tumpang tau jugalah..
wah... senangnye mok mkan nasi tumpang.. semua sudah dimampat dlm bentuk kon dan dibalut dlm daun pisang.. tunggu mok mkn je.. NGAM! :D

Thanks for the info!

Wan_hazel said...

ade ke nasi nie..Wan baru taw..kuno nye wan.

Anonymous said...

nasi tumpang xpenah dengar ag tu..

syok nye nasi kerabu ni,,kat mana2 dalam malaysia ni ada,,bukan kat kelantan aja..hehehe

tu menunjukkan rakyat malaysia boleh menerima kepelbagaian makanan di malaysia ni,,hehe

pssstttt:kawan kite(bukan org kelntn) makan nasi kerabu x gaul suma ulam2 tu...hahaha...bila ditanya dia cakap sayang takut warna biru x nampak, nanti nampak ulam n kelapa tu je,,hahahaha

Wan_hazel said...

kaseh...wan tak pernah makan pun nasi nie.law wan jumpa kompom tak makan kot..hehehe..sayang tengok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...