Followers

Wednesday 13 April 2011

Penyusuan Susu Ibu Antara Diet Yang Bagus


Salam sejahtera. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang cemerlang. 
 Agak lama juga mieow mieow tak menulis. Bukan kekeringan idea cuma tak sempat. Maklumlah banyak kerja di pejabat harus diselesaikan. Kalau tak, 'bising' pula bos nanti.  Belom habis kerja di pejabat, rutin sebagai isteri dan ibu pun kena buat juga. Alahai, kesian pula dengan rengekan si puteri kecil saya, agaknya nak tumbuh gigi lagi la tu. Susah juga, kalau nak menaip si puteri kecil ada di sebelah. Terlebih advance pula jari jemari kecilnya daripada jari mamanya nanti. Hmmmm...

Sebelum saya terus menulis, nak sangat tanya kawan-kawan semua. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Kenapa saya tanya? Topik saya pada kali ini berkisar pemakanan  amat penting bagi mummy mummy yang menyusukan bayi. Janganlah sesekali  terfikir untuk berdiet ketika dalam tempoh menyusukan bayi.  Jangan buat sama sekali ye mummy mummy. Ingatlah  bayi yang menyusu ibunya dapat 100% nutrien yang diperlukan oleh badan.  Dari mana datangnya nutrien dalam susu ibu itu?, Semestinya daripada diet si ibu. Syukur Allahamdulillah saya tergolong dalam orang-orang yang makan banyak tapi badan susah nak naik. Jadi bolehlah nak makan apa saja. Satu fakta penting yang harus semua mummy-mummy dan bakal mummy perlu tahu ialah  mengikut kajian yang dijalankan, penyusuan susu ibu merupakan salah satu kaedah diet yang sangat bagus. 

Mana taknya... Penyusuan susu ibu ni, adalah diet yang tak perlu keluarkan duit & menguntungkan. Banyak faedah yang mummy mummy dapat especially  anak-anak kita. Saya sendiri menjaga pemakanan saya dan akan pastikan saya tak terlepas waktu makan. Kalau mummy mummy nak tau, sarapan pagi sangat penting, sebab bila dah semalaman  bayi menyusu  kita perlu refresh tenaga. Seawal jam 6:00 pagi dah berkeroncong perut minta diisikan. Waktu lunch pula makan tengah hari yang tak boleh tak, mesti makan nasi, begitu juga dengan makan malam. Setiap hidangan, saya akan pastikan ada kandungan protein (ikan, ayam,daging), karbohidrat yang secukupnya (sudah tentunya makanan kegemaran saya NASI) dan vitaman (sayur ler tue..).Oh ya! Tak sah kalau tiada sepotong buah. WAJIB! Selalunya beli yang harga seringgit tu je. Kalau kurang satu, perasaan akan jadi macam tak tenang. Risau si puteri kecil tak dapat nutrien yang cukup. 


Cat: Akan datang kita cerita dengan lebih mendalam tentang kelas-kelas makanan ye…

20 comments:

Anonymous said...

penceritaan yg menarik..teruskan bakat mencoret anda..:)

story of my life said...

info yg sangat berguna.. InSYALLAH perlu diamalkan..tq

Cikgu Bedah said...

saya pun suka makan buah.

ABU said...

saya sokong

jako geliga said...

Saya pon sronok makan buah..

Izan Ishak said...

susu ibu...susu terbaik untuk anak2~

alhamdulillah...keempat2 anak saya semua menyusu dgn susu ibu~

aqishah said...

ku mmg suka makan... tambah2 kalo nak menyusu baby... mkn mknn yg berkhasiat penting ok

Anonymous said...

Memang puas dapat susukan anak sendiri...

Anonymous said...

hehe..baby pun tembam berkat guna susu ibu..

cikpuanhady said...

saya sokong..susu ibu adalah susu yang terbaik,nak lagi baik, ibu seharusnya mengambil pemakanan yang seimbang..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

Cute MuM said...

betul tue.. bila pagi jer perut rasa lapar.. mungkin malam dah BF anak..

aqishah said...

jimat2 susu ibu... dah lah berkhasiat kan

rusna wana said...

susu ibu adalah yg terbaik - diet,jimat dan cepat...tpi bagi kita yg bkerja - halangan itu ada dimana2...

Unknown said...

nana pun sama:)tergolong dalam orang-orang yang makan banyak tapi badan susah nak naik. hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

anak ke dua je yg berjaya BF itupun sekejap sbb sakit belakang ..mmm

The Girl of The Future said...

Hihi,, Mia pun sama, makan bnyk tapi badan tak mudah naik *tak mudah turun juga, haih*
Agaknya metabolisme tinggi eh, sama seperti dlm keluarga.. genetik ker... :P

Mia bersyukur sebab semua adik-beradik Mia disusui dengan susu Ibu, itulah kita sihat je sekaran.. * harap2 dikekal begitu :) *

Wan_hazel said...

like like...info yg sangat berguna utk hari depan Wan dan isteri..cewah..eheheh.

Ummu Ukasyah said...

Ibu yang menyusu memang cepat lapar dan makan banyak. Alhamdulillah saya kuat makan tapi badan susah naik. Betul orang cakap, kalau kita menyusukan anak, badan susah naik dan senang nak kembali ke bentuk asal semula.

Betul, jangan skip sarapan pagi. Dan jangan cuba untuk diet yang bukan-bukan. Apa yang kita makan merupakan sumber nutrien anak kita.

Sekiranya menyusukan anak, kita peru mengambil berat tentang apa yang dimakan. Hal ini kerana kebanyakkan nutrien yang terkandung di dalam makanan yang diambil akan membentuk susu. Jadi, aspek pemakanan yang betul dapat menjamin pertumbuhan bayi yang sihat selain membolehkan menyusu dengan baik.
Semasa menyusukan anak, sudah semestinya kita memerlukan tenaga tambahan. Oleh kerana itulah ibu-ibu memerlukan tenaga tambahan sebanyak 50 kcal pada enam bulan pertama dan 400kcal untuk enam bulan selanjutnya. Antara jenis makanan yang membekalkan tenaga ialah makanan berupa bijirin, kekacang, susu dan produk tenusu.

Anonymous said...

wow...
ni baru betul...kan orang berpantang makan nasi ngan ikan masin je kan..mana nak dapat kasi nutrien kat badan,,nanti nk kena menyusukan anak lagi...
patutla orang cakap berpantang pasal nak slim balik..memang slim la...makan nasi ngan ikan masin cukup2 generate susu untuk baby ja...

khasiat untuk badan mama xdapat apa =)

Wan_hazel said...

lebik baik ikut petua lama..ajak org tua dtg ruma..dia org taw lah apa yg terbaik untuk ibu bersalin nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...