Followers

Friday, 29 April 2011

Hati-Hati Dengan Kemewahan


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a : “Bahawasanya kami sedang duduk dengan Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a dan tiada di atas badannya kecuali sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan, maka akan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Ka’abah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada kerja-kerja ibadah sahaja dan tidak perlu mencari rezeki. Lalu Nabi SAW bersabda, “Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”.
Hadis Riwayat Tirmidzi

Dalam Hadis ini, Rasulullah SAW menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan di dalam kehidupan. Makan pakai cukup, rumah cantik dan besar belaka, dan kehidupan sungguh selesa. Dalam keadaan ni, kita juga mungkin akan berkata seperti sahabat Rasululaah SAW, bila semua dah ada lengkap, mudahlah untuk beribadah. Tetapi Nabi Muhammad SAW mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih ‘menggalakkan’ kita untuk beribadah.


Tahukah anda? Hidup yang mewah banyak menghalang seseorang daripada beribadah kepada Allah SWT seperti mana yang berlaku pada hari ini. Sebenarnya, semua yang kita ada, walaupun tak melebihi keperluan, TAPI ia sudah mencukupi.  Cuba bandingkan dengan para sahabat Rasulullah? Kita jauh mewah daripada mereka, sedangkan ibadah kita sangat jauh ketinggalan berbanding mereka. Kekayaan dan kemewahan yang ada selalu menyibukkan kita dan menghalang daripada berbuat ibadah. Tidak ubah seperti yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW, “Seandainya seorang anak Adam itu telah memperolehi satu jurang emas, maka dia akan berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (mati)”.

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap haloba manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Waktu tu, bila kita baru tersedar sudah tidak berguna lagi. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Biarlah kita cari harta benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan, bolehlah digunakan untuk membantu orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. 

 







Azlan: Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan mereka menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat menuai hasilnya.

12 comments:

story of my life said...

bagiku hidup sederhana lagi afdal..yg penting bersyukur dengan kurniaan Allah seadanya...Aminn

Unknown said...

hidup bersederhana dalam kehidupan tetap membawa kebahagiaan:)kaya mana pun kita,jgn skali kita leka dgn nikmat dunia yg tuhan kurniakan..

aqishah said...

kemewahan duniawi hanyalah sementara sahaja... moga kita tak alpa dan ingat pada Tuhan..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kemewahan adalah satu bentuk ujian..pada yang tak sedar kadang2 ingat itu adalah kurniaan Allah..mmm

Anonymous said...

hidup dlm serba kemewahan ni kebanyakan manusia riak. rasa lebih elok jika hidup dlm kesederhanaan je. kita pun akan lbh disayangi.

rusna wana said...

kemewahan kadang2 membunuh keimanan seseorang...fikir2kan lah..

Emmymazli said...

hidup bersederhana adalah lebih baik.... kemewahan kadang kala boleh mendatangkan riak....bersyukur apa adanya....

The Girl of The Future said...

Marilah kita ada kemewahan, bukan dari segi duniawi, tapi dari segi kehidupan rohani kita.. bukankah itu lebih baik..

Cikbintang said...

kemewahan akal fikiran dan budi bhsa adlh yg trbaek

Sarah Naiema said...

Hidup dalam kemewahan membuat kite leka dan lupa terhadap Pecipta Alam, Allah s.w.t..

disamping itu juga ia boley m'datangkan riak dan pgai ingin menunjuk2 walhal harta di dunia adalah sementara... Carilah harta kekal untuk diakhirat nanti...

Sekalipun dikurniakan hidup dalam k'mewahan, hulurkan la bantuan pada yang memerlukan.. sekurang2 nya kite adil sesama insan..dan diredhai oleh Nya..^^

amiraliyana said...

mewah duit tak semestinya menjanjikan kebahagiaan.

Wan_hazel said...

biar mewah dengan budi dan ilmu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...