Followers

Friday, 29 April 2011

Kanak-kanak dan TV


Kanak-kanak dan TV? Errmmm, Mummy rasa kebanyakan kanak-kanak zaman kini sangat gemar menonton TV. Zarra Mummy tu pun sama, leka sangat tengok TV kalau ada rancangan kegemarannya. Tu baru setahun lebih tu. 

Sebenarnya, tahukah kita kesan sampingan menonton TV? Satu kajian di Australia melaporkan, kanak-kanak yang meluangkan banyak waktu menonton TV meningkatkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila dewasa kelak! Mengikut University Sydney, kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun yang menghabiskan lebih masa menonton TV mempunyai arteri yang sempit di belakang mata mereka. Ini mendedahkan mereka kepada peluang mendapat sakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi apabila dewasa kelak. 


Ish ish, seram pulak baca kajian ni. Jadinya, ibu ibu, bapa bapa, sila cari alternatif hiburan lain kepada anak anda ataupun, kawal anak anda supaya tidak menonton TV secara berlebih-lebihan.

 








Zarra: Mencegah lebih baik dari mengubati!

16 comments:

story of my life said...

belikan buku2 or toys so that kanak2 boleh bermain dan melakukan aktiviti yg berfaedah dengannya..

Unknown said...

yer?ingatkan efek kat mata jew,,rupanya jantung,drh tinggi diabetes pun..aah,bagus jgk...beli diorg mainan or buku,.,hehe

aqishah said...

tulah ingatkan sakit mata je kan.. tak sangka bole menyebabkan sakit jantung gak yer...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

susahla nak cakap anak2 dah pandai mintak nak tengok cartoon je

Mummy Zarra said...

Iye, kita sebagai ibu bapa harus mencari alternatif lain agar anak-anak tidak cenderung menonton TV untuk tempoh yang lama.

rusna wana said...

boleh tgk tv tpi biarlah berpadah2 - jgn seharian duduk depan tv jer..

Emmymazli said...

bahaya juga rupanya yer.... hmmm... kena control tv lepas nih!!!

Cikbintang said...

woww..bahana teknologi mata satu ini =_=

The Girl of The Future said...

O.O ... tapi, melalui media TV ini lah, Mia dan adik-beradik belajar pada peringkat awal.. hrmm.. harap2 takde ape2 berlaku..

amiraliyana said...

uishh.. dsyatnya effect dia. ingatkan mata ja sampai sakit janung,diabetes, darah tinggi bagai tu. bahaya tuu.

meoww cat said...

macam tu skali effect die??mintak jauh la...patut bagi buku kat kanak2 ni...

Sarah Naiema said...

Cara alternatif untuk m'gelakkan kanak2 dari tgk tv, lebihkan masa dengan mereka melakukan aktiviti bersama.. contohnya, baca buku dengan mereka, bermain2 dengan mereka, kemas2 rumah dan lain2...

Kanak2 nie kite kena awasi setiap masa..jangan galakkan mereka tonton tv sangat, tkt tercenderung perkara yg buruk..lebih2 lagi boleh m'bawa penyakit..

Jarang2 boleh la nak tengok tapi jangan bagi diorang duduk dengan sangat gan tv takut nanti effect mata lak..=)

Ummu Ukasyah said...

bagi saya, mudah je..

melentur buluh biarlah dari rebungnya..

alihkan perhatian anak-anak untuk lebih minat dengan buku dan permainan yang merangsang minda. Rancangan tv sekarang ni amat merbahaya. (pada pandangan peribadi saya) kalau nak akhlak anak elok. jangan sesekali pupuk hobi atau minat anak untuk menonton tv. Banyak lagi aktiviti lain.

biarlah dari bayi lagi kita ajar anak untuk tidak menggemari tv. Kalau nak tonton juga, kawal dan biarlah anak-anak menonton rancangan ilmiah ataupun berita sahaja.

Selebihnya sibukkan anak dengan aktiviti bermanfaat yang lain.

Wan_hazel said...

skang mana de org nak mengadap TV lama2..mengadap laptop je..hehehehe..lagi lah teruk kan.duduk je 24 jam..mata sakit maslah otot pun ada gak..

Anonymous said...

hak hak...betulkata wan hazel..skang kanak2 mengadap laptop....tv ada jugak tapi semakin kurang dah kot kan...

pasang la kartun ke apa ke...anak buah kaseh umur baru 5 tahun xmau ngadap tv...nak men game kat laptop...jadinye terpaksa la sorok laptop kat dia...

mudah je nak elak kanak2 x tengok tv..ajak jalan2 ronda2...jalan2 kat taman ke,tasik ke bawak dorang pegi playground mesti hapening la...kat c2 dorang bole jumpa kawan2 kan,.....mesti mau punye la...

Ummu Ukasyah said...

Boleh je anak-anak menghadap tv. Tapi kena kawal. Kalau boleh bagi yang masih baby tu, ajar anak tengok cartoon merangsang minda seperti dora explorer,chunggington,Special Agent Oso, Jungle Junction, Bob The Builder, Dora the Explorer dan Little Einsteins. Atau sentiasa pasang disc alif ba ta dan bacaan al quran.

Tetapkan 30 minit untuk menonton tv. Dan selebihnya bermain. Ulang balik setiap hari, akhirnya anak terbiasa dan jangan terkejut jika anak dapat menguasai bahasa inggeris dan dapat kenal huruf jawi dalam masa yang singkat dan umur yang kecil. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...