Masa kecil-kecil dulu mak selalu tegur kalau kita buat sesuatu guna tangan kiri. Terutama sekali bila kita mula mula belajar menulis baru lah emak perasan anaknya menulis guna tangan kiri. Kidal lah tu…. Emak suruh juga tulis guna tangan kanan. Walaupun pandai menulis guna tangan kanan tapi, buat kerja-kerja lain masih guna tangan kiri seperti membaling ketika bermain, memotong, mengambil makanan, menggunting dan sebagainya. Kalau dah dilahirkan kidal, kekuatan tu ada di tangan kiri. Kenapa mesti orang kata, “tak elok buat kerja guna tangan kiri, kena guna tangan kanan.”
Pendapat Mama lah, kalau anak-anak kita sejak dilahirkan kidal, biarlah, jangan dimarah atau dipaksa guna tangan kanan juga. Kadangkala orang kidal ni ada kelebihannya. Bila dah besar, dua belah tangan kiri kanan boleh guna. Misalnya memotong, menggunting, menjahit boleh guna tangan kiri kanan. Apa pun, kita tetap bersyukur kerana Allah dah bagi kita cukup sifat. Guna tangan kiri atau kanan sama aje…..tak ada bezanya. Cuma kalau nak mencuci selepas buang air kenalah guna tangan kiri ye!..
Tangan yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan untuk membuat kerja-kerja yang baik, berfaedah. Jangan gunakan tangan kita untuk kerja-kerja yang tidak baik seperti mencuri, memukul atau mencubit anak-anak kecil kita.
Pesan Mama Manis: Ingat tangan yang menghayun buaian suatu hari nanti boleh menggoncangkan dunia. Tak kira tangan kiri ke kanan ye.
20 comments:
bgs info ni.
ada kwn chara kata kalu guna tgn kiri dia guna otak kanan. dan kalu guna tgn kanan guna otak kiri.betul ke.hihi;)
mama,
bersyukurlah dikurniakan tangan yang boleh digunakan..ada insan yang tak cukup sifat tetapi mereka mampu melakaukan kerja yang lebih baik dari tangan yang sempurna.
sy guna tgn kanan...
org kata kidal ni budak bijak sebab guna otak sebelah kanan ye ke?..
nana kidal!hehe...paling xreti bla nak gunting...hehe..ase xlut je gntg tu bila gna tgn knan..smua keje tgn kiri:)
adik sy dulu kena marah kalo guna tgn kiri... then kitaorg suruh makan guna tgn kanan gak...
tapi skrg ni walau dia makan guna tangan kanan tapi still masih ada kidal gak..
contohnya time bab nak menggunting kertas ke apa ke mesti dia guna tangan kiri.. hohohohooo
x kisahlah kan janji makan guna tangan kanan.. :)
sy guna tangan kanan tp husbd tangan kiri..sian tgk bila dia nk buka tin tekial2 sbb tak biasa.sbb alat pembuka semua utk yg tangan kanan...
adik lelaki saya kidal..satu2nya yg kidal dalam family
adik lelaki saya kidal..satu2nya yg kidal dalam family
anak sy yg no.2 kidal - nak buat apa keja, kiri didahulukan..
suka info ni... pernah dgr org dulu2 kata, org yg bertangan kidal ni bijak2... yer ke...?? huhuhu
org tgn kidal lbey kreatif =)
heheh.. Laki dlm family semua kidal kecuali bapa... :)
tapi, best juga tgk mereka blh tulis guna tangan kiri, unik. :)
dalam kes tangan kidal menulis dan melakukan pekerjaan lain mungkin elok. tapi kalau macam kita nak bagi sesuatu kat orang macam tak elok plak kan guna tangan kiri. mesti kita akan cakap "minta maaf guna tangan kiri" tangan kanan dan kiri masing2 ada peranan masing2.
ade owang ckp sape yang tangan kidal,die kretif...ye ke???
Memulai dengan yang kanan pada seluruh amalan-amalan yang sifatnya amalan kemuliaan merupakan salah satu di antara tuntunan Islam yang mulia. Ini menunjukkan bagaimana keuniversalan Islam .
Hikmah dianjurkannya memulai dengan yang kanan pada amalan-amalan yang sifatnya kemuliaan, karena kanan itu lebih mulia daripada kiri.
bagi saya tgn x pnting yg penting keikhlasan hati.. hehehe... saya ada mengenali satu keluarga menggunakan tgn kiri..wahhh
org guna tgn kiri otak sebalah kanan berfungsi dengan kuat,,,dan org guna tgn kanan..otak belah kiri..bagi wan semua sama je..kiri or kanan..cuma ada adat yg tak benarkan guna tgn kiri..so ibu bapa perlu gak kasi taw penggunaan tgn kiri nie ada yang tak boleh..
Kalau pikir balik kan, orang kidal nie ada kelebihan sikit.. Kedua2 tangan ada kekuatan kalau nak dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan sahaja..
Tapi kalau kanak-kanak sudah kidal, harus la sentiasa memantau kanak2 supaya menggunakan tangan yang betul. Kalau menulis kidal tak pe tapi jangan la pula makan dengan tangan kiri..kan nmpak pelik tu?
Tetapi lebih elok lagi kalau memulakan sesuatu dengan tangan kanan, nampak beradab sikit.. bukan kidal tak beradab tapi nampak lebih sempurna sikit..
Apa2 pun, kita hendaklah bersyukur terhadap pemberian nikmat yang tidak ternilai ini... Bayangkan la org yg tidak ada tangan, menggunakan kaki sepenuhnya.. Bersyukur la kita seadanya..
kidal ke x kidal ke..tangan jugak...
bersyukur la,,ada tangan,,,kalau xda tangan gamaknya makan pun bersuap la..xda la nak marah2 anak guna tangan kiri kan...hahaha
dua2 mak ayah kite kidal..tapi anak2 xda sorang pun kidal...upanya kidal ni bukan keturunan ek,,hehehe
ataupun kite ni generasi ke-8 yang terlepas dari sumpahan kidal nenek moyang? ekekeke
pssstttt; yang penting tangan yang menggoncang dunia tu tangan wanita2 yang solehah bijak anggun bergaya...yaattttaaaaaaaaaaa! =)
hahaha.tangan lelaki mana nak sama dgn tgn wanita...bersyukurlah sebab ada tgn kan..kiri kanan atau kedua duan nya..ia tetap nikmat yg sempurna yg Allah berikan..gunalah tgn utk kebajikan
Post a Comment