Followers

Monday, 4 April 2011

Botol Susu Pun Jadi Isu..




Seantero Malaysia bercakap tentang pengharaman botol susu polikarbonat yang mengandungi ''Bisphenol A" atau (BPA) ketika ini. Menurut Menteri Kesihatan, tindakan pengharaman penjualannya akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012.

Aik? Setahun lagi baru nak haramkan? Kalau betul bahaya, kenapa tak haramkan terus dari sekarang? Jawapannya, kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. Ayat yang agak berbelit, tapi cuba diringkaskan, nak kata selamat tidak, tapi nak kata tak selamat pun tidak..Hahahaha...

Bercakap pasal botol susu..Some mothers are very concern about their babies' bottle. Ada yang suka membeli botol yang mahal-mahal la, ada yang membeli sebab botol tu cantik, gemuk, buntal, stylo, kata mereka. Dipendekkan cerita, terpulang pada para ibu, anda yang lebih tahu apa yang perlu untuk anak anda, dan tengok juga poket anda, kerana botol BPA agak mahal harganya!

 








Zarra: Dulu-dulu mummy minum susu guna botol apa ye?   
 

20 comments:

rusna wana said...

gunalh botol susu Avent - tahan lasak dan BPA free..berbaloi2....

yantz-yeem said...

belilah botol BPA FREE yea...jgn tersalah botol...demi keselamatan anak2..

Sherry said...

sekarang di market banyak jenis susu botol

story of my life said...

saya guna AVENT... sangat tahan lasak..

Fieda said...

UNTUK KESIHATAN ANAK X KISAH LA KELUAR DUIT LEBIH SKIT KAN..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kenapa nak tunggu sampai setahun ye?? nak habiskan stok ke??

♥CHaRa♥ said...

skang macam2x berlaku....botol susu pun byk jenis ~

aqishah said...

dah beli botol susu free BPA jenama tupperware...

walau tiada bukti just langka berjaga2..

effect jejas hormon n menyebabkan barah kalo x silap

Cute MuM said...

memang betul botol BPA free tue mahal.. tapi sekarang ada jer yang masih mampu dibeli.. cute mum bagi dania pakai botol MAM..

Joel Leslie said...

jgn salah beli botol susu .. ini penting utk anak2 yang masih kecil :)

rusna wana said...

dulu, kta pun tak tau, botol susu apa yg mak kita bagi kat kita pun...BPA free ke, tak free?

nanakimie said...

pilih lah botol yg elok utk anak2 dmi keselamatan n ksihtn mereka,bialah mahal pun jnj selamat:)

aqishah said...

semlm tengok kat tesco botol free BPA dalam 10 ringgit jek.. terkejut plak okla rege dia kan x mahal sangat.. jenama pureen...

❤ inscollection ® said...

kami ada jual botol susu dijamin tanpa BPA....brand tupperware....seumur hidup....dijamin juga sekiranya gambar sukatan hilang atau sudah pudar..anda boleh menjadikan ia baru semula...tidak perlukan wang...hanya berikan kami botol tersebut dan gambar sukatan itu akan di print semula...dijamin seumur hidup...berminat boleh pm saya neu_youn@yahoo.com

atau kunjungi blog kami d
http://inscollection-on9.blogspot.com/

terima kasih...

cikbintang said...

bahaya naa.....gna susu ibu je r...da agk besa..brhenti terus..gna cwn je ngee

Sarah Naiema said...

Pernah dengar isu nie, pada suhu tinggi, bahan kimia bisphenol A akan meresap kedalam cecair susu.. contohnya apabila memgunakan air panas utk membancuh susu..

BPA boleh menyebabkan gangguan terhadap hormon terutama bayi untuk jangka masa yang lama..

Selain tu, paling dibimbangkan kerana ia boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran serta menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.. banyak lagi effect dia..^^

amiraliyana said...

macam2 skang. mahal pun mahal la demi kesihatan anak2 jugak ya dak.. ngee

Ummu Ukasyah said...

Semua bergantung pada ibu. siapa nak yang terbaik untuk anak ambillah langkah berjaga-jaga.

Biarlah melabur lebih hanya untuk botol susu BPA free. Bukan semua botol BPa free mahal. Pandai-pandailah cari.

Saya takder pengalaman lagi bab botol-botol susu ni sebab anak menyusu direct sampai sekarang.

Tak tahulah bila masa hadapan. Mungkin saya pun terpengaruh untuk membeli jenama yang berkualiti, BPA free dan tahan lebih lama.

Wan_hazel said...

botol susu,..bila Wna tanya ngan mama wan,,dia org dulu ada botol susu tak??

mama wan jawab..ada tapi guna botol kicap...lagi selamat sebab kaca.hehehe..tapi itu lah hakikat..

kaseh suchi said...

bole pulak nak tunggu setahun,,,kalau xda bukti kukuh xpayah la kuarkan fakta...

cara terbaik elakkan anak-anak kita tu menyusu dalam botol sampai umur lebih 3 tahun....
ajar lah dorang minum dalam gelas dari kecik...selamat sikit kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...