Followers

Wednesday, 27 April 2011

Bila Terdesak……….


Saya teringat kenangan silam sekitar akhir tahun ’80-an.Sahabat saya yang menumpang di bumi Rumania rasa agak hampa sebab buah pisang tidak diimport dan dijual di negara tersebut ketika itu. Kesiannya rakyat Rumania. Mereka tidak pernah lihat, malah jauh sekali berpeluang makan  buah pisang!

Pandai-pandailah nak hidup bila menumpang di negari orang. Nak buat macam mana? Bahan atau bendanya dah tak ada. Perlulah kreatif!

Apabila sahabat saya ni teringin sangat nak makan pisang goreng,beliau akan gunakan epal hijau.Bila beliau mengidam cokodok, beliau akan gunakan buah pear yang masak ranum.Itu dia, resipi baru,epal goreng dan pear kodok! Kreatif bukan?

                                            Epal goreng

Dari pengalaman saya sendiri, apabila saya teringin nak makan lepat pisang atau kueh koci, saya akan gunakan kertas foil sebagai menggantikan daun pisang untuk membalutnya.Bila dah terdesak, apa-apa cara sekali pun, boleh aje kita gunakan,janji tak kempunan!

Siapa sangka, daun pisang yang melambak di belakang rumah nenek saya di kampung tu,merupakan bahan yang sungguh berharga di luar negeri.


JMJ: Bila ketiadaan sesuatu, barulah kita tahu menghargainya.

21 comments:

Cer citer2 said...

Macam sedap je. epal goreng tu. nak cuba juger la hari ni :)

story of my life said...

kesian pulak dengar tp secara tak langsung boleh try recepy baru..mcm sedap jer

Anonymous said...

kesiannyer.
mak chara pandai buat kueh koci johor punyer;)

Unknown said...

tula,ciannya...xpe2,janji dapat makan kan:)

aqishah said...

walau jauh beribu batu namun kuih tradisi melayu juga menjadi ingatan...

x tau pula bole buat epal goreng yer.. sedap tak?...

tetiba teringin nak makan aiskrim goreng... ;P

Joel Leslie said...

wahhh, nampak sedapp .. lapar lah D: nak cari makanan kat dpr lah :DDD hhehehe

aqishah said...

tulah nmpk sedap kan gmbr ni.. kita pun lapo dah.. :P

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

saya ne fail buat cekodok pisang kalau nak tau..hehe

Cikbintang said...

laparlah...!!nk try wat heee

rusna wana said...

Malaysia inilah negara yg kaya raya dan bertuah dngan pelbagai makanan...bertuahnya kta di Bumi yg sgt mewah ini- selalu ingatkan anak2 dengan kesusahan negara2 yg kekurangan makanan..

The Girl of The Future said...

terliur difikirkan.. :P nyam2 .. akan dicuba pada lain hari.. heheeh

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.. :)

amiraliyana said...

"Kesiannya rakyat Rumania. Mereka tidak pernah lihat, malah jauh sekali berpeluang makan buah pisang!"

biar betul? huhu kesiannya diorang. bertuah orang Malaysia. btw.. kalau terdesak.. apa pun boleh buat..

meoww cat said...

xpe..asalkan sedap..pergi mane2 pon,makanan kita sendiri yang kita cari kan??saya pernah buat kuih bakul goreng celup tepung...best tau..

Sarah Naiema said...

Bertuahnya dok di Malaysia nie, semua benda ada..Tak perlu susah2 nak cari kt negara lain.. kite patut bersyukur sebagai rakyat Malaysia..

Kreatifnya bila orang da kempunan nak makan nie kan.. macam2 idea datang supaya ley makan makanan yang sama walaupun mungkin bentuk dan rasa nya lain..^^

Usaha tangga kejayaan.. berusaha la untuk mencapai kemahuan diri sendiri yea..^^

Ummu Ukasyah said...

Teringat bila mengidam nak makan buah kepayang.

Bila ada depan mata, jeling pun tak nak.

Bila dah mengidam, satu pelusuk dunia cari, baby dah nak keluar baru dapat makan.

Mudah je, bila dah terdesak kalau sesuatu makanan tu takde, bayangkan lah makanan lain yang lebih sedap dan mudah didapati.

lepas ni nak try epal goreng pulak.

:)

Unknown said...

pepetang dapat makan pisang goreng neh, sedapnya! terliur nengok gambar tu..huhu...

Wan_hazel said...

skang nie org kampung slalu cari bahan2 dekat bandar dah terbalik lak..ehehhe..teringin nak mam cucur pisang..lama nye dah tak makan..makan cucur pisang lebih baik dari mkana kepsil..hehehe

Wan_hazel said...

rusna wana

betul tu..jgn ajar anak membazir makanan...Memabzir amalan syaitan..

Wan_hazel said...

amiraliyana

wan setuju...bersyukur sebab kita hiudp di Mlayasia..Bumi yg subur dan sihat nie...

Wan_hazel said...

meoww cat

betul2....mana nak lupa makanan kampung..hehehe

Wan_hazel said...

Sarah Naiema

ehehhe...betul tu...asaal nak semua leh..usaha je...tul kan...janji boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...