Followers

Monday 14 March 2011

7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda!

Salam semua. Tibalah giliran "ZARRA" menulis. Ruangan ini akan berkongsi apa sahaja tips mengenai si manja selain tips kepada ibu bapa dalam menempuh cabaran membesarkan si manja..

Untuk edisi pertama ini, Mummy Zarra akan memberitahu kepada anda, 7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda!

1. Si kecil ceria melihat wajah anda
Sejak bayi, dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda untuk satu tempoh yang lama. Dia tahu bahawa anda adalah individu yang penting dalam hidupnya. Ketika usianya satu tahun, dia akan memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang dikenali atau disukainya. Oh bahagianya!

2. Si kecil berfikir tentang anda
Lazimnya, antara 12 hingga 24 bulan, si kecil akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekeliling apabila ditinggalkan sendirian. Kadangkala dia akan menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya, dan dia akan kembali tersenyum apabila melihat anda kembali. 
3. Si kecil buat ragam
Tangisan dan jeritan bukanlah tanda dia tidak menyukai anda! Dia bersikap begitu kerana inginkan perhatian atau meluahkan rasa tidak selesa dengan harapan anda akan menangkannya. Lebih kurang macam nak menarik perhatian la kiranya!

Sekian dahulu coretan mummy untuk edisi pertama ini. Eh, masih ada baki 4 tanda si kecil sayangkan anda. 




 



Sumber: Majalah Pa & Ma


Zarra: Jadi, untuk mengetahui apakah tanda-tanda tersebut, jangan ketinggalan untuk membaca lagi coretan mummy dalam edisi akan datang....  






 

7 comments:

rusna wana said...

owh - nmpknya baby qistina aku memang sayangkan aku lah..tpi yg 4 lagi tu bila nk kuar pula....

aqishah said...

semalam my baby minta kena peluk ngan cium... wah2 bahagia je rasa jd seorg mama....

Unknown said...

sweet jew bila bby ngk kita..hehe

Cikbintang said...

nk baby gak r..ngeee..
gatai2....abeskn diploma dlu

Sarah Naiema said...

Sebab tu bayi agar tak berapa selesa lau didukung gan someone yang dia tak pernah jupe..muka da cam gelisah dan takut.. Bile ibu dia pergi, mula la menangis..

Mungkin orang pertama yang membelai dan menjaga dia, dia akan ingat sapa bile2.. kuasa Allah S.W.T..^^

Wan_hazel said...

ada org kata..sejak dari dalam rahim lagi kita taw bayi tu sayangkan kita..

Anonymous said...

betul tu sarah...

ngan sesetengah orang pulak baby tu diam aja....tu tanda dia suka kat orang tu la kan...

macamana pulak nasib baby2 kat nursery kan,,,
yela kita xtau baby tu suka kat pengasuh dia kat c2...mau nangis aja..
tapi lama2 mesti baby suka orang tu kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...