Followers

Saturday, 26 February 2011

Seni di Tembok Sungai Klang




Empat tahun dulu sewaktu menjalani latihan praktikal di Berita Harian, saya diberi tugasan untuk membuat rencana. Saya diberi kebebasan untuk menulis apa saja tajuk untuk disisipkan di ruangan Sentral. Saya memberikan cadangan untuk menulis mengenai gejala vandalisme. Pada ketika itu, saya kerap menggunakan Putra LRT dari satu destinasi ke satu destinasi dan ternampak contengan ‘nakal’ di tebing tembok Sungai Klang.
 
Tanpa banyak soal, editor menyuruh saya membuat tugasan berkenaan dengan sedikit garis panduan supaya rencana saya nanti tidak berat sebelah. Maka, saya menyusuri laluan berdekatan Sungai Klang dan memberi salam kepada ahli jawatankuasa Masjid Jamek dan merakamkan perbualan dengannya. Katanya, anak-anak muda itu melakukan ‘projek’ berkenaan pada lewat malam atau awal pagi supaya tidak diketahui orang yang mereka menconteng di situ. Untuk menjadikan rencana saya tidak bias saya teringin benar mahu mendekati mereka – si gatal tangan penconteng tembok itu.   

Dengan menggunakan rangkaian sosial yang popular pada ketika itu ialah Friendster maka saya mendapat maklumat dari seorang kawan yang tahu saya sedang mencari bahan mengenai grafiti dan kawan saya menyuruh saya datang ke Taman Tasik Titiwangsa untuk mendekati pelakar-pelakar grafiti ini. Ya, pada tahun itu adalah Tahun Melawat Malaysia 2007 dengan Roda Feris terpacak gagah di sana. Setelah diberitahu lokasi pelakar-pelakar grafiti ini, saya mendekati mereka. Pelakar-pelakar grafiti ini adalah penuntut sama seperti saya pada ketika itu, membuatkan saya kagum dengan hasil ‘contengan’ mereka.

Bersambung....

12 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tiap2 hari tengok lukisan diorang ne masa keja kat dayabumi

AcuRose said...

pernah jugak lalu di laluan pejalan kaki ditepi masjid india tu..
grafitti kat situ mmg cantik2..
mmg talented siaorg ni..

nanakimie said...

sangat kagum dengan orang yang ada bakat seni..huhu..nana xberbakat...bagus jgk wat prtndgn cm entry sblm ni...dpt elak gjala vndalisme:)

CikPanda said...

Salam,

untuk makluman, Jabatan Penerangan kini sedang menganjurkan pertandingan Graffiti 1Malaysia. Nak tahu, maklumat lanjut, layari http://graffiti.penerangan.gov.my/g1m/

tq

cikbintang said...

sokong acurose!!!

Sarah Naiema said...

Tentu orang2 yang pandai melukis nie, jiwa diorang halus dan berfikiran seni..

Diorang lebih berfikiran kreatif dalam sentiasa mempunyai idea2 yang bernas..

Sarah kagum dengan orang yang m'punyai bakat2 seni nie, susah dicari da skrg nie... dan teruja bile melihat lukisan2 yang cantik..^^

Joel Leslie said...

sy memang dari dulu lagi meminati karya karya grafiti. Kini, saya memiliki buku penuh dngn lukisan sy & kawan2 sy yg juga meminati grafiti. Dlm buku tu, kami bekerjasama membuat beberapa karya tersendiri. Buku tu sy jaga sepenuh hati sbb ia salah satu drpd karya yg sy amat banggakan ;)

Sebenarnya kita harus kerfikiran kreatif kerana ia amat penting , bukan saja kita dpt menghasilkan karya2 yg disukai ramai, kita juga dpt melakukan pekerjaan dngn lebih kreatif & ia pasti meningkatkan semangat bekerja. ia kerana semasa kita melakukan kerja yg mengasyikkan, mesti semangat nak buat kerja. kalau buat kerja mcm biasa, nothing interesting, mesti langsung x semangat kan? :)

dr pandangan sy, bakat2 seni yg terdapat dlm diri2 insan bumi ini juga boleh mengharumkan negara kita ni. siapa tahu mereka yg berbakat dlm bidang seni dpt mengikuti pertandingan seni antarabangsa ? kalau menang, pasti negara pun dpt merasakan kemenangan tu. hehehe. :)

amiraliyana said...

contengan yang bukan contengan biasa. orang2 kreatif jek boleh buat camtu.

Wan_hazel said...

banyak bakat seni tapi tak taw tempat nak curahkan.kerajaan nie kadang2 berat sebelah..kerajaan tak pandang sangat anak2 yang wat benda camnie..Bagus lagi dia orang dari yang merempit.kalau di sesetengah luar negara seni macm nie jadi tarikan pelancong..nape Malaysia tak wat pendekatan macam tu kat negara.??

Alasan nye senang..Sebab benda nie banyak pengaruh negatif..hairan part mana lah negatif nya..

2011..Baru skang nie kerajaan kita nak celik mata...Seni itu punya pelbagai bukan..

CikPanda said...

Joel Leslie

Saya tertarik dengan buku karya seni anda. Walau tak pernah saya lihat saya ingin mencadangkan saudara cari pihak penerbit yg boleh menerbitkan buku tersebut.

Di pasaran jarang kita lihat penulis yang menulis mengenai karya seni grafiti mereka dibukukan. (atau pada hemat saya belum ada satu pun di pasaran?)

Walau secara zahirnya kita semua maklum grafiti dilakarkan di dinding2 atau tembok2, sekarang adalah masanya untuk kita mencari peluang memasarkan karya seni ini dalam satu bentuk yang boleh dijadikan sebagai satu rujukan.

Sebagai contoh, dahulu penghasilan wau bulan juga hanya dibuat untuk dimainkan sebagai aktiviti masa lapang. Amat jarang kita mahu membukukan bagaimana penghasilan sesuatu wau bulan itu dihasilkan sehingga ada kalanya saya melihat penulis dari luar yang akan menulis tentang hasil seni kita.

Saya dapat rasakan saudara adalah seorang yang bersemangat, jadikan cadangan ini sebagai satu cabaran untuk anda.

Saya ucapkan selamat maju jaya untuk segala usaha anda.

CikPanda said...

Wan hazel,

Betul tu ramai yang tak faham dan akan memberikan persepsi negatif dahulu sebelum benar2 memahami satu-satu perkara.

Walau bagaimanapun, peranan kitalah yang perlu memahamkan pihak-pihak ini.

Dan hasilnya, sekarang ini kerajaan sendiri yang memberi galakan dan saluran yang betul kepada anak2 muda ini mencurahkan bakat seni mereka.

Ingat, seni adalah untuk dihargai dan dibanggakan bukan untuk dicemuh - kalau penghasilannya tidak melanggar dan menyalahi batas-batas agama kita dan norma budaya masyarakat Malaysia.

Wan_hazel said...

CikPanda

betul tu Cik panda...seni nie ade yg negatif dan positif..rasanya kat Malaysia nie masih lagi berseni dari sudut positif..

Skang dah saluran yg betul utk mereka semua..semoga seni mereka tidak dipandang serong oleh sesetngah masyarakat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...