Followers

Monday, 30 May 2011

Seni Fotografi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Rakan1Klik.

Hari ni CikPanda nak berkongsi minat CikPanda dalam salah satu cabang seni iaitu seni fotografi. Mula jatuh cinta dalam bidang ini dalam enam tahun lepas. Mula-mula pegang kamera rasa macam tak yakin langsung. Tapi berkat kesabaran, tunjuk ajar daripada mereka yang lebih dulu makan garam dalam bidang ni dan mempraktikkan apa yang dipelajari, akhirnya keyakinan dan minat pun mulalah timbul.

Kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni teruskan dan tingkatkan kemahiran dengan mengambil gambar tanpa rasa jemu. Kadang-kadang daripada minat dan kemahiran kita ni juga boleh menjana pendapat sampingan. Jadi, di sini saya kongsi beberapa keping gambar hasil tangkapan untuk tatapan semua.

Menghasilkan gambar yang mempunyai ‘wow factor’ bukanlah perkara yang mudah. Tanggapan, kesabaran, pengalaman dan kemahiran menjadi faktor penting dalam menghasilkan gambar yang mempunyai ‘wow factor’.

Gambar yang mempunyai ‘wow factor’ akan menceritakan dengan sendirinya gambar-gambar tersebut.

 






CikPanda: Akan datang, CikPanda akan kongsi beberapa tip untuk ambil gambar yang ada ‘wow factor’. Jadi, tunggu...

23 comments:

rusna wana said...

kena belilah kamera nikon lepas ni..ni ambik gambar asyik guna hp je..hehe

Unknown said...

moga sis jadi photograper berjaya!:) nana xreti sangat ambek gambar..lagi2 kalo tgkp gmbr artis ke.tangan jd shaking..hehe..

CikPanda said...

rusna: nak ambil gambar yang cantik tak semestinya guna kamera yang canggih2. tak pe, terus berikan komen yang bernas mana tau lepas ni boleh jadi pemenang 2nd giveaway. ;)

CikPanda said...

nanakimie: terima kasih dan Insya Allah. jgn putus asa, terus selalu ambil gambar, Insya Allah masalah tangan shaking tu dapat diatasi.

norliza said...

ha,nie adalah salah satu minat sy...saya suka sangat tgk org yg ader kemahiran mengambil n edit gambar nie...dalam perancangan memang ade nak ambik kelas fotografi nie..tp,kena beli kamera dulu..kat kolej komuniti ader sediakan kelas nie...insyaallah

story of my life said...

sy pernah tgk secara live tarian klasik nie..mmg susah nk tiru esp tang kepala...kalo tak kena gaya mau terkehel..adeh..

tiefazatie said...

btol2..xsemestinya kne pakai kamera canggih2 macam dslr tue..sbb yg penting cara kte amik picture tue..sbb k alu gne iphone pun boleh dpt picture mcm dslr tau..siap ada bokeh lagi..hihi

Emmymazli said...

fotografi adalah salah 1 minat saya juga. saya sedang berjinak dalam dunia fotografi ni dan sudah mula berbisness sedikit-sedikit secara sambilan. so far saya masih belum memasuki mana-masa kursus fotografi namum alhamdulillah, saya byk belajar dengan mencuba-cuba dan juga dari bacaan mengeni fotografi. malah saya juga belajar menggunakan photoshop secara sendiri untuk mencantikkan lagi gambar. terima kasih kerana sudi berkongsi tips dengan pembaca mengenai fotografi

The Girl of The Future said...

wah, cantiklah gmbar akak.. mcm photographer professional.. :)

Sebenarnya, Mia mmg ada minat seni fotografi, tapi apa blh, Mia tak tau cam mana.. Mia selalu pandang tinggi kat org yg pandai ambik gambar dan edit2 gmbar...

Mia akan tunggu kan tips2 seterusnya..
Here I come, World, prepare for miss photography.. haha.. acah je.. :)

CikPanda said...

umiliza: teringat pulak zaman2 saya belajar dulu. sbb tak nak berebut dgn kwn2 yg lain pinjam kamera fakulti, saya invest beli dslr... sampai sekarang kamera saya tu dah banyak berjasa. tingkatkan kemahiran, timba pengalaman dan banyak bertanya dengan otai2 kt luar tu, Insya Allah awak boleh berjaya.

CikPanda said...

story of my life: hati2...

CikPanda said...

tiefazatie: betul tu. tp dgn dslr kepuasan dia lain sikit. apa yang penting minat kita nk hasilkan gambar yg cantik.

CikPanda said...

emmymazli: kagum dengan daya usaha awak dengan mempelajari sendiri kemahiran dalam fotografi. teruskan usaha, jangan putus asa.

CikPanda said...

Mia: terima kasih.

sehingga kini saya pun masih terus belajar dalam bidang yang saya minati. teruskan usaha sehingga berjaya jadi miss photography ye. Insya Allah pasti boleh.

Anonymous said...

bergambar adalah minat sy.setakat ni kalu nak ambik gambar juz guna kamera biasa2x je.hihi~

meoww cat said...

chanteQ gambar...boleyh buat duit kalo pandai seni fotografi kan??gud luck...all the best..

CikPanda said...

chara: boleh jugak gunakan kamera biasa2 ni... yg penting hasilkan gmbar yg cantik dan menarik

meoww cat: terima kasih... :)

Cikbintang said...

cikbintang gna kamera hp ciput jee..ngeeee

Sarah Naiema said...

Sarah suka abik gambar sebenarnya.. sebab ley release tension dan m'hilangkan keboringan.. Lau g mana2 tak best kan lau tak abik gambar? ase macam sunyi jer.. Kenangan pon tak ada..Tak ada la sweet tu..^^

Tapi tu la kena perlu kemahiran juga lau nak bergambar nie supaya bagi gambar nampak lawa dan menarik.. Orang yang tengok pon akan tertarik.. Tak semestinya kemahiran tu akan datang camtu jer, perlu ada minat jugak..Minat tu sangat penting...

Tapi skrg nie sara baru belajar dan banyak m'gunakan photoshop dalam m'gedit gambar supaya nampak lebih menarik..

Gambar yang ada Wow Factor tu ase macam berminat jer untuk belajar...=)

amiraliyana said...

minat memang minat tapi takdak kamera yang canggih. kena tunggu ada duit la.hehe

Wan_hazel said...

wan suka...gambar leh wat kan kita tenang...dan wan lebih banyak bergiat dalam seni photographic...phtographer + graphic editing = photographic...

Cik Nani Noraini said...

Comel la cik panda! hihi..

CNN suka fotografi. Sangat suka.

Sekeping gambar yang kaku boleh menimbulkan pelbagai persoalan, boleh juga memberikan pelbagai jawapan kepada 1 persoalan.

CNN tengah kumpul duit nak beli DSLR nie. Harap-harap sebelum grad nie CNN mampu capai impian. Amin..

Moga Allah redha.. :)

Wan_hazel said...

Cik Nani Noraini

amin...mesti dapat punya..wan dari dulu lagi tak kesampaian nak beli DSLR..cukuplah sekadr camera HP..skang nie HP pun dah rosak so tak de camera dah..

ang penting dalam selok belok gambar nie bukan sebuah jenama atau jenis camera tu..tapi org yg disebalik camera tu..

DSLR mahal mane pun kalut kat aw sudut cantek untuk snap..gambar jd tak de nilai..

sekadar berkongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...