Followers

Friday, 1 April 2011

Daun Pisang - Simbol Budaya Masyarakat India



"Tak lama lagi perayaan Tahun Baru Hindu.  Nak ikut saya makan nasi daun pisang?" Saya tanya Mimi, sebelum saya memberhentikan kereta di hadapan sebuah restoran popular dengan masakan Chetinaad di Petaling Jaya. Ketika itu, ramai yang sedang makan tengah hari nasi berlapik daun pisang. Budaya ini bukan hanya diamalkan oleh orang India tetapi semua kaum dah mula suka tren begini. Wangi dan sedap katanya. Bagi saya  dan juga mereka yang meminati hidangan dari selatan India ini, makan nasi daun pisang, unik.
Apa yang sangat istimewa tentang daun pisang?
Korang nak tau tak? Sejak dulu lagi, upacara kelahiran, perkahwinan, ritual keagamaan ataupun kematian masyarakat Hindu tak sempurna tanpa daun, pokok atau setandan buah pisang. Dalam masyarakat India, sifat semula jadi pokok pisang yang mudah hidup diumpamakan seperti mengharapkan kesejahteraan dalam hidup. Shinny juga nak bagitau, tradisi masyarakat India sangat mementingkan penggunaan daun pisang sebagai alas makanan sebab nak ganti pinggan mangkuk. Selain itu, daun pisang yang beraroma bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan, tapi… membangkitkan selera. Sedap, tau! Apabila nasi yang panas dihidangkan atas daun pisang, ia akan melepaskan satu tindakan dari lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.
Secara tradisinya, nasi daun pisang ini merupakan makanan vegetarian bagi masyarakat India. Ia juga dapat memupuk semangat setia kawan dan kekeluargaan bila kita ramai-ramai dapat berkongsi apa sahaja yang dihidangkan. Dengan kata lain, tiada sempadan atas daun pisang.

Shinny: Konsep makan nasi atas daun pisang mencerminkan budaya kemasyarakatan di negara ini.

16 comments:

yantz-yeem said...

sedapnya makan nasi lemak daun pisang kan???

::sarah:: said...

kat tanah merah, kelantan..da 1 kedai nama daun pisang..memang makan berdaun pisang..n sangat2 best..haha

Sherry said...

char kuey tiao pun ada guna daun pisang

story of my life said...

sedap tau..sy dah penah try...bau wangi jek..

nurul nabila bt medan said...

memang wangi.
bertambah selera kalau dapat makan nasi lemak beralas daun pisang

♥CHaRa♥ said...

makan nasi lemak daun pisang memang best...~

aqishah said...

bau makan kat atas daun pisang mmg superbeb

Cute MuM said...

pernah makan atas daun pisang..
masa tue kenduri kawin jiran india kat depan rumah..
memang sedap..

rusna wana said...

daun pisang byk kegunaannya - bole guna utk pembalut kuih jugak...

nanakimie said...

eh?xtaw pun...igt mmg just untuk alas ns lmak jew...rupnya daun pisang byk dgunakan utk upcra mereka

story of my life said...

kiranya pokok pisang ni byk kegunaanla..dr daun sampai ke buah nye..batang nya pun boleh buat alat lukisan masa sekolah2 dulu..

Azie Azman said...

oo..baru azie tau daun pisang ni simbol budaya orang india.. =D

cakap pasal pisang-pisang ni teringat nasik lemak daun pisang.
sedapnya! ;)

Sarah Naiema said...

Makan beralaskan daun pisang nie best jugak sebab menaikkan selera orang nak makan..mmmg wangi..

Lagi satu tak payah cuci pinggan, ia da menjimatkan masa..tapi make sure kena cuci daun pisang tu dengan betul, bukan main makan terus..

Sesetgh orang melayu suka makan nasi lemak beralaskan daun pisang..

Daun pisang nie banyak kegunaannye, kite boley buat sbg p'bungkus kuih dan lain2..=)

amiraliyana said...

betul tu. kalau nasik di hidang di atas daun pisang mesti rasa berselera ja nak makan. contohnya: nasi lemak dau pisang! sedapp!

Wan_hazel said...

nasi lemak tu masayarakat india yg punya ke??hehehe

kaseh suchi said...

x sangka makan atas daun pisang tu berasal dari india,,,

patut la ada sesetengah kedai mamak guna daun pisang buat pembungkus nasi kan

hmm,,sebut daun pisang mesti ingat nasi lemak...hahahaha
ok la tu mix makanan melayu dengan tradisi kaum india,, =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...