Followers

Thursday 7 April 2011

Amal Jariah Vs Penipuan Berhemah



Aku percaya antara kita seringkali berdepan dengan mereka  yang membuka kata Assalamualaikum “puan”, “makcik”, atau “kak”, derma untuk anak yatim, untuk membina masjid atau untuk mengubati penyakit. Ada yang bawa “cetong” ke hulu ke hilir. Kadang-kadang disokong pula dengan surat sokongan rasmi pulak tu! Bagi RM 1  dapat tisu atau kismis. Baik punya strategi. Hati kecilku masih suci untuk menjawab salam mereka. Tetapi sekelumit terlintas di benak hati ini apakah tujuan ungkapan salam itu dihulurkan? Atau hanya sekadar syarat pembuka kata sahaja. Aku bukannya tak nak bagi tapi……..

Hati ini tidak puas untuk meneka apakah modus operandi mereka? Bukan aku berprangsaka buruk. Tapi lebih berhati-hati. Menderma tu kan amalan yang mulia. Kadang-kadang melihat peminta sedekah dan metodologi yang digunakan adalah seakan sama jer di tempat-tempat strategik seperti di kaki-kaki lima bank, ruang pejalan kaki mahupun datang ke rumah. Sedih aku tengok mereka ni. Budak-budak sebaya mereka sepatutnya ke sekolah menimba ilmu, tetapi mereka terpaksa menggalas tanggungjawab untuk mencari nafkah. Pendatang asing pun sibuk jer ambik kesempatan nak minta sedekah kan? Buat wayang pacak situ sini. Paling kesian peminta sedekah wanita. Mereka sanggup mendukung si kecil di tengah panas terik untuk meraih simpati orang ramai. Aku sendiri pun tak sampai hati nak tengok. Ku hulur seikhlas hati. Kalau hati ini tetap berdegil untuk berkata-kata, maka rasanya tidak menjadi pula pahala bersedekah.

Tak kan sampai ke akhir nafas nak jadi peminta sedekah? Adakah ia satu profession? Masyarakat Malaysia janganlah terlalu pemurah. Bersamalah kita menyokong usaha pihak berkuasa membanteras masalah ini supaya tidak menjadi lebih parah. Aktiviti-aktiviti meminta sedekah ini boleh mencemarkan imej buruk kepada negara. Sesungguhnya…tangan yang MEMBERI lebih baik daripada yang MENERIMA.
 







Siti Dewi: Pemurah biar la bertempat.....

21 comments:

rusna wana said...

kanak-kanak bekeliaran di sekitar ibukota meminta sedekah -mencacatkan permandangan - aku yakin ini adalah 1 sindiket permerdagangan manusia - pihak bkuasa harus membendungnya...

yantz-yeem said...

apa lagi kalo yg nuta n dipimpin oleh org yg sihat..berbulunya rse menengoknya...

Sherry Go Sharing said...

instead of giving money buying food for them is good idea also

rania said...

saya setuju

story of my life said...

kesian tgk depa...tp in the same time geram pun iyer...

Unknown said...

kalau yang betul2 memerlukan tak pe.
kalau yang menipu tu .
ish ! geram rase !

story of my life said...

betul betul betul !!!!

Unknown said...

setuju dgn nabila!

Anonymous said...

setuju3x...~
hehe

Izan Ishak said...

kalau nak derma pun...dermalah pada saluran yg betul. sbb saya pernah terkena, peminta sedekah tu bukan lah kudung...lepas dpt duit terus lari. ohhh....sakit hati~

Syima Emi said...

setuju sgt.. kadang perasaan kesian dan menyampah bercampur aduk tapi lebih kepada kesian dan rasa simpati sgt2.. tapi tgk kat diorang mcm nak ambil kesempatan pon yeee jugak...

pernah satu kali ni masa kat Kota Bharu (saya org Kelate), sorang budak dtg minta sedekah n akan bagi mcm sticker ayat-ayat suci al-Quran (if im not mistaken laa), saya tak nak bagi tapi pelawa dia makan dan minum..suruh dia order saya nak belanja.. beria2 dorang x nak.. cakap nak duit je..

bagi saya, saya kesian kat budak tu sebab dia berpenat lelah minta sedekah tapi yg sindiket dapat.. at least kita bg dia makan, minum dia yg kenyang kannn..

Cute MuM said...

tahlah.. kadang2 kesian.,.. tapi bila dah asyik muka die jer minta bantuan dari sebelum cute mum habis belajar sampailah sekarang.. timbul perasaan tak sedap.. betul ke tak die nie??

Joel Leslie said...

SETUJU YANG TERMAT SANGAT ! :)

aqishah said...

mcm2 cara skrg ni manusia nak ambil kesempatan demi duit...

kekdg kita x tahu saluran keikhlasan menderma itu adakah betul pada tempatnya...

tepuk dada tanya selera

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kdg2 mmg serba salah..saya tak akan bagi duit tapi saya belikan makanan.. kesian penat diorang mtk sedekah pastu sindiket amik..kurang2 perut diorang especially budak2 ne kenyang

The Girl of The Future said...

Give him your fish, u feed him today
Teach him to fish, u feed him a lifetime..

Quotes atas tu bermaksud, daripada kita sumbangkan duit and smua tu, lebih baik kita tolong mereka dlm penderitaan mereka dengan menasihati mereka supaya bekerja.. and klau ada sindiket, laporkan.. :)

amiraliyana said...

suka ayat "Pemurah biar bertempat" tu. bukan kita kedekut tapi kena tengok situasi la. kalau selalu sangat di sogokkan dengan situasi yang sama memang jangan harap la kita nak percaya dah.

Anonymous said...

pemurah biar bertempat....

kalau tengok ada yang sediakan bekas sambil membaca ayat2 alquran..ngan mata x nampak,,,menyannyi nasyid ke...biasa kat pasar2 malam la...
macam tu okey la jugak,,,dorang cuba buat yang termampu,,,

tapi kalau sindiket yang guna2kan budak2 ni adus..x tau nak kata la,,budak2 tu sampai ikut2 kite selagi x bagi kan....

mungkin cadangan bagi makanan kat dorang tu lebih baik kan..dari bagi duit..nanti duit tu entah kat sapa2 dorang bagi pulak,,,

Unknown said...

setuju sangat.. kdg2 benda2 mcm ni lah buat masyarakat ragu-ragu nk menderma. Yang jadi mangsa pengemis sebenar.

Wan_hazel said...

susah nak taw sipa yg betul sebenar nya...bagi wan..janji iklhas kita nak memberi..so Tuhan je yang akan balas...

Anonymous said...

bila ku tengok gambar ni hatiku syahdu sekali, kecil2 lagi dah hidup susah... disebabkan mak bapak depa yg........ paksa anak cari makan sendiri. Binatang pun suap anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...