Wah, CB sangat suka kalau bab makanan di Sabah ni…. Jadi CB mo cerita satu kuih yang memang popular di sini, iaitu kuih UFO. Jangan panik! Kuih ni ndak pandai terbang macam kapal UFO alien tu. Kuih ni sedap betul!
Sebenarnya, CB pun ndak pasti kenapa dibagi nama UFO. Mungkin sebab bentuknya leper dan di atasnya ditaruk kastard dan krim yang sangat sedap!
Dulu kan waktu CB masih budak-budak, ada satu kedai ni jual kuih UFO yang sangat sedap. Ayah CB selalu beli untuk kami sekeluarga. Kalau takat dua tiga ketul, memang ndak cukup. Tapi bila tauke besar tu sudah pergi ke alam lain (cewaah), kedai tu tutup.
Sekarang ni, kalau CB balik, takat beli di bakeri ja la. Rasanya memang ndak bulih lawan yang dulu punya, tapi bulihlah untuk menghilangkan rasa kempunan tu.
Ni kalau sesapa mo try buat UFO, klik link ni, http://peppers-love.blogspot.com/2013/05/ufo-tarts-mff-sabah-11.html. Nanti dah buat, bulih kirim sikit untuk CB ya.
Cik Bibiran: Sebagai pengetahuan, memang semua yang jual kuih UFO ni orang Cina. Ndak ada orang Melayu.
No comments:
Post a Comment