Followers

Thursday, 9 January 2014

POTENSI KERJAYA DIRESTORAN MAKANAN SEGERA

Ramai yang beranggapan, termasuklah saya bahawa bekerja di restoran makanan segera sebagai kerja sementara yang tidak menjamin masa depan.

Selalunya, pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan atau pun penuntut IPT bekerja di restoran-restoran makanan segera ini secara ‘part-time’ bagi mendapat wang saku sahaja.

Tapi sebenarnya restoran-restoran makanan segera ini seperti McDonald, KFC, Burger King dan sebagainya mempunyai pelan pembangunan kerjaya yang sangat bagus terutamanya untuk belia. Apa yang penting seseorang itu harus sanggup untuk mula dari bawah.


Kisah seorang pekerja restoran yang memulakan kerjaya sebagai krew, kini, hanya dalam masa 7 tahun beliau sudah dilantik sebagai pengurus cawangan restoran tempatnya bekerja. Katanya, “asalkan ada minat, komited dan dedikasi dalam tugas, peluang untuk dinaikkan pangkat sentiasa ada, walaupun tidak berlatar belakang pendidikan tinggi”.  

Bukan sahaja gajinya yang kompetitif, ada medical benefit dan makanan percuma ditawarkan. Pekerja juga akan di ‘groom’ menerusi program pembangunan krew, pengurusan dan pentadbiran restoran.

McDonald contohnya mempunyai 12,000 kakitangan di Negara ini dan akan tambah 2,000 lagi pengambilan. Peluang ini harus direbut oleh belia dengan tidak terlalu memilih kerjaya.

Kerajaan dalam dua hari lepas mengumumkan larangan kepada restoran makanan segera daripada mengupah pekerja asing berkuatkuasa serta merta. Langkah ini kerana Kerajaan sudah nampak potensi tawaran kerjaya yang meluas dalam sektor ini. Langkah ini juga mampu menambah peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia disamping membendung sektor perniagaan ini daripada dibolot oleh pekerja asing.



Anom: Jom ramai-ramai rebut peluang ini…jadikan ia sebagai kerjaya pilihan…good for future and personality..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...