Assalamualaikum Rakan – rakan 1 KLIK. Lama Sofystella tak menulis entry di sini. Rakan – rakan mesti suka minuman berkarbonat. Dari kesihatan kurang baik jika kita sering mengambil minuman seperti itu kerana kadar kandungan gula yang tinggi menyebabkan peratus obesiti meningkat di kalangan kanak –kanak.
Dari beberapa artikel yang Sofystella baca, dengan pengambilan segelas minuman tersebut boleh memberi kesan kepada serangan jantung. Akibat daripada itu, kes kematian mengejut meningkat. Merujuk kepada kajian daripada sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard, pengambilan gula secara berlebihan akan menghasilkan lemak yang tinggi dalam darah dan berlakunya serangan jantung.
Selain itu, jika kita minum minuman yang telah diawet dan menpunyai tambahan gula seperti minuman berkarbonat, risiko serangan jantung lebih tinggi. Namun, situasi akan lebih teruk apabila seseorang itu mempuanyai tabiat buruk seperti merokok dan pengambilan alkohol.
Sofystella rasa lebih baik kita minum air yang mempunyai air gula yang semula jadi seperti air jus buah – buahan tanpa gula tambahan. Lebih sedap dan sihat. Doktor juga selalu berpesan kepada kita yang kita perlu lebihkan makanan yang sihat seperti sayur –sayuran dan buah – buahan.
Sofystella :Sofystella jarang minum minuman yang bergas. Makanlah secara sihat untuk masa depan.
No comments:
Post a Comment