Salam semua…
Rasanya tak terlewat lagi untuk Mummy ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Rakan1Klik. Macam mana sambutan hari raya anda? Pada yang mempunyai anak-anak mesti meriah kan!
Ada tak di kalangan pembaca ni yang mempunyai anak-anak yang sangat aktif atau ‘hyperactive’? Selalunya anak-anak kecil yang tidak tahu duduk diam dikatakan hyperaktif. Benarkah mereka ini hyperaktif atau sebenarnya hanya aktif?
Tahukah anda?
- Anak kecil sememangnya aktif kerana mereka tidak ada beban emosi yang menghantui mereka.
- Badan mereka juga kecil untuk mereka bawa ke sana ke mari. Jadi untuk mereka bergerak adalah senang dan mudah bagi mereka.
- Mereka ada banyak tenaga untuk digunakan.
Jadi, jika anak anda suka bergerak, memanjat, melompat terutamanya lelaki, jangan terlampau cepat menamakan mereka hyperactive child.
Ini kerana hyperactive adalah satu penyakit. Tetapi kebanyakan kanak-kanak adalah bijak dan mempunyai tenaga yang banyak. Disebabkan itulah mereka aktif!
Oleh itu ibu bapa sekalian, galakkan anak anda untuk berjalan, berlari dan melompat sekerap mana yang mereka mampu, kerana duduk diam atau cuma membiarkan mereka membaca bukanlah satu-satunya cara memberi pendidikan kepada mereka!
Sumber: Prof. Dr. Rozieta Shaary
Mummy: Kanak-kanak yang aktif adalah kanak-kanak yang bijak!
No comments:
Post a Comment