Followers

Tuesday, 18 September 2012

Lawan atau Biar

Assalamualaikum dan Selamat hari Malaysia. Entry kali ini Sofystella mahu berkongsi tentang “Lawan atau Biar”. Apakah itu? Ini adalah langkah kita untuk mempertahankan diri dan harta benda daripada penjenayah yang menyerang secara drastik.

Sofystella rasa dalam keadaan cemas sukar untuk kita bertindak dengan sedia. Jadi Sofystella mahu kita semua mampu untuk mengelak daripada terus menjadi mangsa. Antara langkah yang boleh diambil :


  1. Apabila penjenayah menyerang sama ada dari belakang, depan, kiri ataupun kanan kita cuba kawal emosi dengan bertenang serta fikir untuk kita mengambil tindakan dan peluang dengan kelemahan penjenayah.
  2. Gigit tangan penjenayah dengan sekuat hati dan kemudian melarikan diri sambil menjerit agar mendapat perhatian masyarakat.
  3. Cari kesempatan untuk memukul, menendang atau pijak  penjenayah di bahagian yang lemah iaitu kaki, lutut, mata, pinggang dan leher.


Jika anda tidak dapat membuat cara di atas, ada langkah lain yang Sofystella cadangkan iaitu :
  • Apabila diserang, anda perlu berpura – pura sakit seperti, Asma, Jantung dan sebagainya untuk membuatkan penjenayah berada dalam keadaan cemas. Kemudian, Apabila penjenayah cemas, dia akan meninggalkan mangsa kerana takut dianggap pembunuh.
  • Kedua, jika tidak mahu dicederakan, anda beri saja apa kemahuan penjenayah dengan memberikan harta benda anda kerana nyawa lebih berharga.
Sofystella rasa dengan cara ini dapat kita mengatasi jenayah yang membuatkan masyarakat tidak senang duduk kerana terasa diancam. Sofystella harap, tip – tip ini dapat membantu anda semua.

Sofystella : Berpura – pura sakit ketika diserang akan mencemaskan penjenayah dan melambatkan proses meragut dan nyawa terselamat.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...