Followers

Wednesday, 19 September 2012

Cinta Muka Buku


Selamat pagi warga blog. Laman sosial banyak mempengaruhi remaja, Namun, sekarang bukan sahaja remaja, golongan kanak - kanak, ibu bapa dan warga tua ingin mengeksplorasi laman sosial. Sofystella ada beberapa jenis laman social iaitu Myspace, Facebook, Twitter, Tagged dan Hi 5 untuk tidak terputus hubungan dengan sahabat lama dan saudara mara yang jauh.

Laman sosial yang paling popular adalah Muka buku (Facebook). Cinta "muka buku" merupakan istilah popular di kalangan remaja masa kini yang diberikan kepada mereka yang menjalinkan hubungan cinta hasil dari perkenalan di laman sosial tersebut.


Istilah cinta muka buku juga dipopularkan menerusi lagu yang dibawakan oleh penyanyi remaja bernama Najwa Latif yang terkenal melalui laman sosial Youtube. Sofystella suka lagu itu.

Yang menjadi persoalan Sofystella, adakah cinta laman sosial seperti ini realiti atau sekadar cinta monyet atau boleh sampai ke alam perkahwinan? Sekiranya hubungan cinta yang bermula di laman sosial itu berakhir di jinjang pelamin, alhamdulillah.

Namun, ada juga yang terjebak dengan kes - kes penipuan sehingga melibatkan kerugian beribu -ribu ringgit. Sofystella hampir - hampir menjadi mangsa tetapi Sofystella buat tak tahu saja kerana berjaga - jaga.

Kes - kes seperti ini biasanya berlaku apabila wanita warga tempatan berkenalan dengan warga asing melalui laman sosial, dan mereka dikatakan bercinta shinggalah menabur janji kepada wanita tempatan untuk mengahwininya teteapi beberapa alasan diberikan seperti tiada duit untuk berhijrah dari negara mereka ke Malaysia atau ada masalah kewangan perlu diselesaikan di negara mereka barulah boleh menumpukan perhatian soal menukar agama dan berkahwin.

Akibat kata - kata manis, ramai wanita tempatan terpedaya kerana setelah wang diberikan, kekasih mereka terus menghilang. Ada dilaporkan kerugian melibatkan beribu - ribu ringgit sehinggan ke 1 juta ringgit. Pandai juga die memilih sasaran.



Dalam apa yang kita mahu lakukan, kita perlu selidik. Sofystella rasa lebih baik mencari pasangan orang tempatan tapi tak salah berkawan dengan orang luar, jangan sampai berputih mata.

Sofystella : Penipuan sebergini bukan saja melibatkan penipuan oleh warga asing, tetapi lelaki tempatan juga turut terlibat memperdaya wanita tempatan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...