Followers

Friday, 10 August 2012

Kesihatan : Demam Kepialu (Tifoid)

Apakah Itu Demam Kepialu ?
  • Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
  • Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.
  • Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )

Apakah Jenis-Jenis Makanan Yang Biasa Di Kaitkan ?
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah

Apakah Tanda-Tanda Dan Gejala ?
Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.
Gejala :
  1. Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  2. Cirit birit
  3. Sembelit
  4. Sakit perut
  5. Sakit kepala
  6. Sakit badan / lemah / letih lesu
  7. Kurang selera makan
  8. Batuk tanpa kahak
  9. Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  10. Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  11. Bengkak limpa dan hati

Bagaimanakah Penyakit Ini Merebak ?
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)

Komplikasi Penyakit
  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Rawatan
  • Perlu berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan awal.
  • Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan.
Klik Sini Untuk Seterusnya
Berita di sunting dari sumber :My Health

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...