Followers

Friday, 3 August 2012

Hikmah Puasa Kepada Manusia

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. So macam mana dengan pagi Isnin korang, ok tak?. Akhirnya hari ni merupakan hari yang ke-16 kita berpuasa di bulan Ramadhan ni. So, Cik Taring nak kongsi tentang hikmah puasa kepada manusia. Banyak sebenarnya kelebihan berpuasa ni tapi Cik Taring hanya fokus kepada beberapa perkara sahaja iaitu :

1) Puasa melatih manusia menjadi sabar.
Apabila berpuasa kita juga dilatih untuk bersabar. Bersabar menahan diri daripada lapar dan dahaga, bersabar dalam menahan amarah, bersabar menahan kerenah manusia lain dan sebagainya.

2) Puasa dapat merehatkan fungsi sistem pencernaan.
Dalam bulan puasa kita tak boleh makan dan minum. So secara tak langsung kita dapat merehatkan sistem pencernaan kita daripada berfungsi 24 jam.

3) Puasa dapat mengekang nafsu daripada melakukan perkara terlarang.
Apabila berpuasa kita dapat mengekang nafsu daripada melakukan perkara yang terlarang. Dapat mengatasi gejala kemungkaran di bulan Ramadhan.

4) Puasa dapat menurunkan berat badan.
Puasa dapat membantu menurunkan berat badan, kerana kita tak boleh makan dan minum. So secara tak langsung badan tak dapat nak mengumpul lemak. Tenaga dihasilkan melalui pembakaran lemak yang sedia ada di badan sahaja. Apabila ini berlaku maybe sesetengah individu yang mengalami masalah berat badan boleh dapatkan berat badan idaman hehe

5) Puasa membantu manusia membuat amal kebaikan.
Biasanya dalam bulan Ramadhan setiap manusia berlumba-lumba untuk membuat amal kebaikan kan. Setiap dari kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan. Pelbagai agensi berganding bahu bersama-sama mengambil keberkatan Ramadhan.

6) Puasa membolehkan manusia cepat khatam Al-Quran.
Dalam bulan puasa memang ada tadarus al-Quran tak kira di mana-mana sahaja, even di sekolah pun ada juga tadarus al-Quran beramai-ramai.

7) Puasa mengajar manusia erti kesyukuran.
Puasa mengajar kita untuk bersyukur. Bersyukur dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bersyukur segala nikmat Allah kepada kita. Kita lebih beryukur dengan apa yang kita ada dan bukannya apa yang kita tidak ada. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan kita di negara luar, kita jauh lebih baik daripada mereka. Kita tak pernah merasa kebuluran. Puasa mengajar erti bersyukur dan bersederhana dalam segala hal.

8) Puasa sebagai benchmark untuk melakukan perubahan.
Biasanya apabila tibanya bulan Ramadhan kita dah tentu mempersiapkan diri untuk menyambutnya kan? Apabila berpuasa setiap orang berlumba-lumba membuat kebaikan, mengumpul pahala di bulan Ramadhan. Ini juga satu perubahan untuk diri sendiri untuk menajadi lebih bagus daripada sebelumnya.

Banyak lagi kebaikan berpuasa sebenarnya. Tapi Cik Taring  share setakat ini je lah ye, kalau ada yang nak tambah lagi boleh tambah di ruangan komen ye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...