Followers

Wednesday 11 July 2012

Kuih Lopes

Lama rasanya Cik Taring tak menapak dekat blog Rakan 1klik ni, bukan apa bila idea kering Cik Taring pun tak tahu nak tulis pasal apa. Cik Taring harap penulisan Cik Taring dekat blog Rakan 1klik ni ada info yang bermanafaat. Biasnya kalau dekat blog sendiri tulis je ikut suka kan bila masuk blog Rakan 1klik ni penulisan pun kena lah skema. Hehehe.

Semalam Cik Taring makan kuih lopes, kuih lopes adalah salah satu kuih kegemaran Cik Taring. Lama tak makan kuih lopis buatan emak. Kalau mak Cik Taring buat kuih lopes mesti bungkus dengan daun pisang tapi sekarang ni orang-orang yang berniaga Cik Taring rasa dia orang dah tak guna daun pisang untuk balut kuih lopes tuh.
Imej from googel

Korang tahu tak asal usul kuih lopes ni?!. Jom Cik Taring nak share satu info fasal asal usul kuih lopes. Menurut  sumber googel  kuih lopes ni  daripada nama seorang lelaki bernama  Jennifer Lopez beliau seorang warga asing antarabangsa yang  telah singgah ke sebuah kampung di selatan tanah air. Kehidupan beliau sebagai artis yang sangat sibuk then beliau buat keputusan untuk datang ke Malaysia bercuti dan menenangkan fikiran. So, dia pun tekad nak menjalani kehidupan di sebuah kampung. Nak dijadikan cerita, Jennifer Lopez  ni suka sangat dengan kuih ni. Lepastu dia bayar seorang mak cik ni untuk  merekacipta kuih ni supaya nak rebrand kuih tu meletakkan nama kuih tu sempena namanya. Akhirnya Jennifer Lopes pun dapat merealisasikan impiannya. Dan tercetus lah kuih lopes sehingga sekarang ni.

Said : ejaan kuih lopes macam mana eik sebenarnya!! Lopes/ Lopis/ Lopez ???

2 comments:

Anonymous said...

Cik Taring,
Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat tentang kuih ni. Saya pun suka juga kuih lopes, terutama yang disediakan mengikut resipi tradisional. Kalau dibuat daripada pulut susu dan diadun dengan daun pandan berserta manisan yang dimasak dengan menggunakan gula kabung, memang sedap rasanya.

Tapi, kebanyakan lopes yang dijual sekarang tidak lagi dibalut dengan daun pisang apabila direbus dan hanya menggunakan pewarna untuk menggantikan daun pandan. Mungkin inilah yang membuat rasa aslinya hilang. Atau mungkin juga ini versi lelaki bernama Jennifer Lopez yang Cik Taring ceritakan tu. Agaknya, kalau versi Jernifer Lopez, penyanyi perempuan yang terkenal kerana kemerduan suaranya tu, rasanya lebih sedap kot.

Entahlah, saya dah kenal kuih lopes ni sejak penyanyi Jennifer Lopez belum lahir lagi. Mungkin namanya diambil daripada pelayar Portugis bernama Lopez D'squerra yang datang ke Melaka dulu-dulu kot.

Balanglama -- Juga suka kuih dangai.

Rakan 1Klik said...

cik taring : terima kasih krn bercerita dgn sy menganai sejarah kuih lopis yg saudara tahu ;), kuih lopes sedap kan. kalo org dulu2 buat memang balut dgn daun pisang, tp aekarang ni nak tgok org jual guna pembalut pisang pun payah teramat kan..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...