Followers

Thursday 19 July 2012

1Malaysia Pad

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia


Apo kabo adik kakak sumo? Ambo mendoakan sumo sihat sejahtera selalu. Hari ni, ambo nak berkongsi satu lagi gajet baru. Nak kata baru tak jugak tapi penjenamaan Malaysia tu yang buat ambo bangga dan kembang hidung.

Ceritanya,  25 Mei 2012 yang lepas telah dilancarkan gajet Tablet  jenama 1Malaysia oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob yang diberi nama 1Malaysia Pad. Tablet ini dikeluarkan oleh  MalTechPro Sdn Bhd dengan inisiatif untuk mengantikan Notebook 1Malaysia yang diberikan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan  (KPKK) dan seiring dengan peredaran kecanggihan teknologi gajet terkini. Menurut MalTechPro Sdn Bhd gajet ni  setanding dengan  jenama lain di pasaran yang mempunyai kualiti tinggi dengan harga murah. 




Berdasarkan pembacaan ambo, katanya gajet ni mempunyai beberapa kelebihan iaitu : 

@ Sistem Operasi Android Gingerbread 2.3
Touch Screen 7 inci.

@ Kamera belakang 3.0 megapixel.
@ Ruangan memori kad micro-SD sehingga 32GB.

@ Kamera depan 0.3 megapixel.
@ Bateri Li-Polymer sebesar 4000mAH.
@ Mempunyai 1Malaysia Messenger yang membolehkan anda    berhubung secara percuma seperti BlackBerry Messenger (BBM) atau WhatsApp.
@ Pelajar institusi pengajian tinggi (yang mempunyai kad diskaun siswa) mendapat diskaun istimewa.
@ Harga RM999 khas untuk 999 orang yang terawal sahaja.
Ambo difahamkan gajet ini memang disasarkan kepada pelajar iaitu spesifiknya siwazah universiti sebab itu jika ditunjukkan kad pelajar semasa membeli gajet ini akan dapat harga diskaun dan kerana itu juga ia murah berbanding dengan tablet jenama yang lain. 



Jadi, sesiapa yang berminat boleh la survey dulu di kedai - kedai telekomunikasi di luar sana. Ambo juga berharap, harganya akan berbaloi dengan kualiti dan perkhidmatanya...












Nahaza : Ambo harap gajet ini akan sehebat namanya.

2 comments:

Anonymous said...

boleh tak bagi info kat mana boleh nak beli ipad nie??

Nahaza said...

Salam... terima ksih pada yang bertanya... Nazaha tak sangka cepatnya yang bertanya tentang 1Malaysia Pad ni... Gajet ni boleh ditempah menerusi dalam talian di laman web www.maltechpro.com.

Selamat membeli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...