Followers

Monday 11 June 2012

Pernah Makan buah kedondong?

Asaalamualaikum dan Salam 1Malaysia semua :-)

Pernah makan buah kedondong tak?, Cik Taring ni penminat setia buah kedondong kalau buat jeruk pun sedap kan sehingga telan biji kedondong tuh hehehe


Cik Taring nak kongsi dengan korang semua pasal nama, dan khasiat buat kedondong ni. Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Buah kedondong dipanggil dengan nama buah Amrah di Hilir Perak. 

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.


Kulit pokok kedondong mempunyai aktiviti mengecutkan tisu. Buahnya mengandungi vitamin C dan besi (membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, terutama kolestrol tidak baik jenis LDL).



KHASIAT DALAM MAKANAN:

Buah Kedondong Hijau:

Sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.



Daun muda:

Sesuai dimakan mentah (dicelur), ulam, kerabu, agen perisa rasa masam dalam masakan.



Daun dan Pokok (Kulit):

1) Dijadikan ubat pupuk pada luka, kudis, bisul dan luka terbakar. Daunnya boleh dicampurkan dengan ramuan lain sebagai ubat rawatan ibu lepas bersalin.



2) Kulit pokok direbus bersama kulit ketapang lalu diminum untuk rawatan cirit-birit.



3) Boleh digunakan untuk mengubati batuk. Caranya, ambil 2 atau 3 buah kedondong. Cuci bersih, lalu parut. Tanpa ditambah air peras airnya. Tambahkan sedikit garam, minumkan kepada pesakit tadi 3x sehari. Semoga bermanfaat.

jus kedondong pun sedap juga tau :-), boleh lah buat jus kedondong kalau dekat rumah ada buah kedondong. Cik Taring suka sangat minum jus kedondong ni, kalau ada buah kedondong comferm buat jus 
jus kedongdong + serbuk asam

2 comments:

Anonymous said...

juga dikenali sebagai buah ambra....

Rakan 1Klik said...

oh ye ke,good info!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...