Followers

Tuesday, 14 February 2012

Penggunaan “Kau” Dan “Aku”


Hai semua. Kali ni CB nak borak pasal satu perkara yang selalu CB dengar orang perkatakan mengenai orang-orang di Sabah ni.

CB selalu terdengar orang mengatakan orang Sabah ni kasarlah, kurang ajarlah, tiada adab.  Tau kenapa? Isu ni timbul sebab Sabahan ni selalu guna perkataan “kau” “aku” ketika berborak.

Kalau orang yang jarang bergaul atau pergi ke Sabah, pasti akan lebih hairan kalau ada budak-budak kecil yang membahasakan diri durang “kau” “aku” ja dengan orang-orang di sekitar durang termasuk yang lebih tua.

Suami CB sendiri pun sendiri pernah cakap dengan CB, kenapa guna “kau” “aku”?  Dia kata janggal.  CB explained la sama dia yang di Sabah ni  “kau” “aku” dah biasa, sama juga macam “awak” “saya” “kamu”.  Barulah dia faham.

CB pernah naik teksi dari rumah Putrajaya ke KLIA. Time tu awal pagi jam 5.30pagi, CB dan keluarga mahu balik ke Sabah.  Mula-mula berborak dengan abang teksi  tu, kami cakap “awak”, “kami”. CB perasan slang dia macam slang Sabah.  CB tanya dia, dia kata dia orang Tawau.  Nah, terus kami berborak  guna “kau” “aku” ja lepas tu.

See, “kau” “aku” bukanlah bermaksud kami ni kurang ajar ka atau tak hormat ketika bercakap. Tapi for us as Sabahan, “kau” “aku” ni menggambarkan kemesraan ketika berborak.  Jadi, kalau kamu pergi ke Sabah dan tiba-tiba orang yang baru dikenali terus bahasakan diri dia “kau” “aku”, janganlah pelik, terkejut apa ya.  Itu perkara biasa di Sabah. 

Ok, CB berhenti dulu di sini. Jumpa lagi di topik akan datang.  Bye-bye. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...