Jangan terkejut topik CB kali ini. CB bukan nak menceritakan salasilah dua kaum ini tetapi nak berkongsi satu keunikan yang membabitkan Kadazan dan India. Bukan CB nak buat cerita tapi memang kerap berlaku di Sabah iaitu India berkahwin dengan Kadazan.
Ramai rakan-rakan kenalan Kadazan CB berkahwin dengan India. Lebih menarik, hanya membabitkan wanita Kadazan dan lelaki India. Contoh pasangan yang pertama, kenalan emak saya. Dia berkahwin dengan lelaki India asal Penang yang merupakan seorang cikgu di Sandakan. Kini durang sudah memiliki enam orang anak lelaki dan masih mengharapkan anak perempuan.
Contoh kedua, kenalan saya turut berkahwin dengan lelaki India. Mereka sudah lama bercinta dan pertengahan tahun lepas, durang akhirnya berkahwin tapi masih belum ada rezeki untuk menimang anak.
Dan contoh ketiga, juga kenalan saya dari sekolah rendah. Dia berkahwin dengan lelaki India yang berasal dari Selangor dan kini sudah mempunyai tiga orang anak. CB pernah tanya dia secara direct kenapa kebanyakan wanita Kadazan akan berkahwin dengan lelaki India? Dia sendiri jawab tak tau. Kakak dia pun sama, makcik dia pun sama, and adik perempuan dia pun tengah couple dengan lelaki India.
Perkara ini bagi kamu mungkin biasa saja dan mungkin ada sesetengah kamu yang mungkin menganggap topik ini ‘lain macam’. Bukan apa pun, CB sangat terpegun dengan keunikan orang Sabah ni. Dan anak-anak kacukan Kadazan-India pun memang boleh tahan, comel.
Bah, CB berhenti dulu di sini. Mahu cari idea untuk topik akan datang. Kamu ada cadangan topik apa yang kamu mahu tau pasal Sabah? Kalau CB tau, CB jawablah. Kalau tak, tak dapek kawe nak tolong (ngam kah ayat ni? Hehehe). Ok, bye semua!
No comments:
Post a Comment