Gunung Kinabalu, antara gunung yang terunggul di Asia Tenggara. Setiap tahun, ribuan pendaki gunung dari serata dunia pasti akan datang ke sini untuk menyahut cabaran pendakian. Eh, Cik Bibiran ni beria-ia ja cakap tapi sendiri tak pernah panjat gunung ni lagi. Hehehe.
Gunung Kinabalu tingginya 4,101 meter dan kalau anda berada di puncak, pasti akan dilitupi dengan kabus. Tapi biasanya kalau kamu mahu mendaki, bukan boleh terus suka-suka main naik saja, kena lah inform pihak yang berkenaan dulu kerana setiap kumpulan pendaki mesti dipimpin oleh seorang ketua yang lazimnya berbangsa Kadazan.
Mengikut pengalaman kawan CB yang pertama kali mendaki Gunung Kinabalu, memang agak payah dan memenatkan untuk dia sampai ke puncak. Rupanya, sebab dia kurang bersenam. Tapi jangan bimbang bah, ikut keupayaan kamu sendiri. Kalau penat berhenti dan nikmati alam sekitar kamu. Tenang dan sunyi ja.
Tapi seperti gunung-gunung lain, kalau tengah mendaki tu, janganlah bah mahu cakap besar. Ada banyak kes CB dengar, pendaki riak konon cakap dah banyak gunung dia naik, banyak pengalamanlah, sekali bila daki beramai-ramai ke atas, tiba-tiba sesat. Ada satu kes ni melibatkan teman rapat CB, dia kata pendaki yang sama kumpulan dengan dia memang cakap besar ala-ala macam ni, “kawan aku kata Gunung Kinabalu ni payah. Aku tengok biasa ja”. Sekali mamat tu sesat sampai ke malam. Nasib orang tempatan jumpa mamat tu. Kononnya waktu ditemui, menggigil-gigil ketakutan. Tu lah, apa-apa pun kita buat, jangan riak, sombong, cakap besar. Pasti ada balasan.
Tapi CB borak fasal cerita ni bukan mahu takutkan kamu yang mahu daki Gunung Kinabalu. InsyaAllah kita pasti akan dilindungi kalau niat kita baik dan ikhlas, betul tak? Jadi, sesiapa yang mahu daki gunung ni, dipersilakan. CB harap percutian dan pengalaman pendakian kamu ke puncak Gunung Kinabalu akan menjadi sesuatu yang indah buat kamu selama-lamanya. Bye semua!
1 comment:
bukan orang sabah bah tu kalau tidak atau belum mendaki gunung kinabalu..haha...
Post a Comment