Followers

Wednesday, 21 December 2011

Apabila Berlaku Banjir….

Salam semua.. Jumpa lagi kita dalam edisi khas musim banjir..:) Kali ini, seperti dijanjikan Mummy nak berkongsi pula tips yang perlu diambil seandainya tempat anda dilanda banjir.
Tips Menghadapi Banjir:
  1. Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
  2. Ikuti arahan pihak berkuasa;
  3. Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
  4. Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
  5. Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
  6. Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti;
  7. Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
  8. Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
  9. Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras; dan
  10.  Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.



Mummy: Diharap banjir tahun ini tidak meragut banyak nyawa seperti banjir-banjir sebelum ini!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...