Followers

Saturday, 26 November 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Awal Muharam



Diam tak diam kita telah pun hampir untuk menyambut  tahun baru Awal Muharam.  Sebagai umat Islam, kita disunatkan untuk melakukan doa akhir tahun pada hari Sabtu sebelum terbenam matahari dan melakukan doa awal tahun selepas terbenam matahari (Waktu Maghrib).  Dalam menyambut tahun baru ini kita boleh la untuk menilai sendiri diri kita sejauh mana amalan yang telah kita buat sepanjang tahun…

Idea mewujudkan kalender Islam ini adalah bermula semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab yang merupakan Khulafa Ar- Rasyiddin yang kedua. Inisiatif yang dilakukan oleh Sayidina Umar ini merupakan sumbangan terbesar dalam sistem takwim Islam kerana dengan ini kita dapat untuk mengingati tarikh-taikh penting dalam tahun Islam di mana bermulanya penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah Al- Mukarramah ke Madinah Al- Munnawarah yang membawa tertubuhnya negara Islam yang pertama di kota Madinah.

Menyambut tahun baru ini bukan lah untuk disambut dengan unsur-unsur yang melalaikan diri atau hiburan-hiburan yang membawa kepada kemungkaran tetapi haruslah disambut dengan penuh rase syukur dan tawaduk kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan serta melakukan aktiviti harian.

Yang paling penting pengisian kita sebagai umat Islam semasa menyambut tahun baru bulan Islam ini adalah dengan penghayatan dan keteguhan iman untuk menegakkan sinar dan panji-panji Islam agar tetap subur dalam diri setiap muslim.


Rashid: Hari silih berganti, bulan berganti bulan akhirnya membawa kepada tahun baru…Selamat menyambut Maal Hijrah bagi setiap umat Islam..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...