Salam semua..Mummy rasa semua pun maklum mengenai DHA..DHA atau asid dokosaheksaenoik yang biasanya terkandung dalam susu, adalah sejenis asid lemak Omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel badan.
Fakta Penting Mengenai DHA
- Membentuk 90% daripada lemak Omega-3 di dalam otak, mata dan sistem saraf pusat, menjadikan ia sumber penting bagi membantu perkembangan pembelajaran, penglihatan juga pergerakan motor kanak-kanak.
- Kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun memerlukan sekurang-kurangnya 100 miligram DHA setiap hari.
- Bagi yang berusia dua tahun hingga 18 tahun, mereka memerlukan kira-kira 250 miligram EPA serta DHA setiap hari.
- Pengambilan makanan harian tidak mampu memberikan sumber DHA secukupnya bagi otak kanak-kanak.
- Pengambilan susu secara berterusan dapat membekalkan DHA secukupnya kepada anak.
- DHA berfungsi di struktur membran dan dapat melancarkan pertumbuhan otak atau dalam kata lain, ia dapat menolong melancarkan komunikasi antara sel.
·
Banyak betul khasiat daripada DHA kan? Oleh itu, ibu-ibu, ayah-ayah jangan sekali-kali mengabaikan kepentingan susu dalam diet seharian anak kita. Bukan hanya penting kepada bayi, malah susu juga penting untuk semua peringkat usia!
No comments:
Post a Comment