Followers

Wednesday 12 October 2011

Ikan Kitang? Ikan Belais?



Siapa yang gout, baik jangan baca topik kali ni sebab topik kali ni ialah mengenai makanan laut.  Hehehhe. Macam yang kita tau, makanan laut atau seafood memang sangat popular di Sabah.  Bila pelancong luar datang ke Sabah, pasti tidak akan ketinggalan untuk makan seafood.

Kalau di tempat kelahiran CB iaitu Sandakan, tak payah cakaplah.  Memang murah dan berlambak ikan-ikan segar di pasar.  CB sendiri pun kalau balik kampung Sandakan, memang akan puas-puas makan seafood.  Antara yang jadi favourite CB ialah ikan kitang, sedap kalau digoreng atau buat sup. Ikan ni ada tompok-tompok pudar. Memang berlemak ikan ni terutama bahagian ekor.  Kalau kakak CB pun balik bercuti, memang kami berebut ekor ikan kitang tu.  Hehehe.

Satu lagi ikan kegemaran CB ialah ikan belais.  Opss, bukan bilis ya, BELAIS. Bentuk ikan ni macam kitang tapi kecil sikit dari kitang dan tak ada tompok.  Pun sedap kalau digoreng atau dibuat sup.  Tapi untuk ikan ni, CB rasa goreng lagi sedap.


Dan kalau CB balik semula ke KL, sudah pasti menjadi kewajipan membawa stok kitang dan belais.  CB ni bukan pakar masak, setakat goreng-goreng tu bolehlah. Kalau CB balik Sandakan, CB bawak stok seafood untuk kaka-kakak CB. Begitu juga kalau durang yang balik kampung, stok CB pasti takkan terkecuali.  Nasib ja la CB ni tak ada gout.

Tapi bukan selalu juga seafood ni ada dan murah.  Ikut musim juga bah.  Kalau hujan tu, memanglah tiada di pasar.  Kalau ada pun, harga mahal.  Jadi, kalau kamu mahu datang ke Sabah, pastikan kamu makan seafood puas-puas.  Tapi yang ada penyakit gout tu, hati-hati.  Berpada-pada dan tahan nafsu tu sikit.  Nanti datang Sabah badan sihat, balik ke Semenanjung terhenjut-henjut pula berjalan.  Hehehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...