Dengan Term Lemak dah takut kan? Lemak sinonim dengan gemuk. Bila gemuk dah jadi tak sihat dan tak cantik?
Lemak dikategorikan dua jenis. Lemak Tepu, ia membeku pada suhu yang rendah. Terdapat dalam sumber haiwan dan tumbuhan seperti makanan yang diproses seperti santan. Lemak Tak Tepu pula ia bersifat lembut dan cair walaupun dalam suhu yang rendah, dan ia berasaskan dari sumber tumbuhan. Lemak mempunyai kalori yang sangat padat.
Penimbunan lemak dalam arteri
Kolesterol adalah makanan yang bersumberkan haiwan seperti daging merah, makanan laut, dan mentega. Ia bersifat lembut dan berminyak dan tidak berbau. Ia dijumpai di seluruh anggota badan terutama otak, sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon seks. Terdapat dua jenis kolesterol iaitu HDL (High Density Lipoprotein) dan LDL (Low Density Lipoprotein). Dua-dua jenis kolesterol ini dihasilkan oleh hati dan bergabung di sini. 75 peratus dihasilkan oleh LDL manakala HDL 25 peratus. LDL tugasnya membawa kolesterol ke dalam arteri darah. Sementara HDL bawa kolesterol dari dalam darah untuk kegunaan hati.
Pengambilan berlebihan menyebabkan penyakit atherosclerosis. Bila kandungan kolesterol tinggi dalam darah, ia terus melekat pada dinding saluran darah. Saluran darah akan mengecil dan tersumbat. Kalau terkena pada otak, akan jadi strok dan sekiranya berlaku pada arteri akan memberi kesan kepada jantung. Masalah kegemukan sudah pasti. Bahayakan?
Hadkan pengambilan lemak dan kolesterol. Amalkan pengambilan makanan seimbang. Kalau boleh cuba elakkan dari mengambil makanan dari lemak tepu. Guna lemak monounsaturated contoh minyak canola atau zaitun. Lebihkan pengambilan serat. Serat boleh kurangkan kadar kolesterol. Selain itu, rajin-rajinkan diri anda untuk bersenam kerana bersenam akan meningkatkan HDL dalam darah. Cuba masak lemak dan kari guna susu rendah lemak, elak guna santan. Sediakan makan dengan cara bakar, rebus dan panggang. “Sangupkah anda?”
5 comments:
wow - byk info yg kita dapat drpd article cik Jentayu ni..
Jka lemak dan kolesterol ini di ambil berlebihan, itu yg akan menyusahkan kita tu..untuk lebih baik, kalau teringin nak makan masak2 lemak tu, gunakanlah susu rendah lemak utk menggantikan santan..
queen latifah big size woman tapi dia still cantik apa..... dont underestimate those people yang bertubuh besar.. lagipun saya rasa dulu sudah dibincangkan perkataan gemuk tidak sesuai digunakan. cukup gunakan bertubuh besar ataupun obesiti.
erk. kolestrol memg membahayakan. pada2 la masa makan.
Lemak ... Kurang lemak pun tak boleh, lebih lemak pun tak boleh. Dok terlebih lemaklah badan kita benjol sana, buncit sini. So, exercise kena buat setiap hari agar lemak dalam badan kita terkawal....
Lemak ... Kurang lemak pun tak boleh, lebih lemak pun tak boleh. Dok terlebih lemaklah badan kita benjol sana, buncit sini. So, exercise kena buat setiap hari agar lemak dalam badan kita terkawal....
Post a Comment