Followers

Tuesday, 13 September 2011

Duit raya, Tradisi atau Bermegah?

Selamat Hari Raya, rasanya tak terlambat lagi Uchee buat ucapan raya ni. Bulan September, kita masih lagi dalam bulan raya. Maklumlah puasa sebulan, raya pun mestilah sebulan kan. Mana meriah kalau raya tak sebulan. Bulan raya ni yang seronoknya tentulah kanak-kanak kerana sibuk dengan duit raya, kitalah yang pokai sebab kena bagi duit raya. Kanak-kanak ni asyik mengira duit raya siapa yang paling banyak dapat. Pemberian Duit raya yang diberi semasa sambutan hari raya Aidilfitri atau Angpau yang diberi semasa tahun baru Cina kini menjadi trend masyarakat kita di negara ini. Pemberian duit raya yang wajib diberi setiap kali munculnya sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah merupakan sesuatu yang amat ditunggu terutamanya kanak-kanak. Persoalannya adakah pemberian itu adalah untuk bermegah atau ikhlas?

Pemberian duit raya kini terpulang kepada niat individu tersebut. Sama ada niat individu tersebut untuk menunjuk-nunjuk ataupun lebih kepada keikhlasan itu diri individu itu sahaja yang lebih tahu. Sebenarnya, nilai pemberian adalah tidak penting. Biarpun RM1 pemberian duit raya dengan ikhlas pasti mendapat pahala sedekah daripada Allah. Malah, nilai duit raya tidak sama dengan nilai keikhlasan hati. Segala pemberian itu haruslah disulami dengan niat yang suci. 

Ada setengah orang yang berpendapat duit raya yang diberi dianggap sedekah jika pemberian itu bersulamkan keikhlasan, dan ia akan dianggap bermegah jika ada niat untuk menunjuk-nunjuk semasa memberi. Kita juga tidak elok riak atau bermegah semasa memberi.  Uchee setuju kalau kita niat bersedekah kepada kanak-kanak ini. Sebenarnya pemberian duit raya ini hendaklah diberi mengikut kemampuan kita, jangan ingat kita ni gaji besar nak bagi duit raya pun nak bagi banyak je, last-last kita gak yang akan rasa bila duit dah habis. Masa tu diri sendiri yang merana. Sebenarnya pemberian duit raya ni, dapat memupuk budaya menyimpan atau menabung di kalangan kanak-kanak. Ajar dan tanamkan sifat menabung bermula dari kecil. 

Beritahu mereka duit yang mereka dapat itu hendaklah disimpan dan bukan untuk dibelanjakan. Dan adalah penting untuk kita juga mengajar anak-anak kita tidak meminta-minta. Sekarang ni Uchee tengok anak-anak sekarang ni, jika berkunjung ke rumah mesti minta duit semasa nak balik. Cara kanak-kanak ni minta duit tu menjerit pula tu. Ibu bapa kena memberi nasihat kepada mereka ini.


 






Uchee: Kalau nak bagi biarlah ikhlas…

3 comments:

aqishah said...

ermm duit raya yang diberi biarlah seikhlas hati dan bukan bermegah2...

tapi skrng ni kena bagi duit raya kat budak2 kalo x rasa ada je x kena kan... huhuhuuhuhu

sebenarnya biarlah mengikut kemampuan masing2 nanti hujung bulan adoooo... :P

rusna wana said...

Duit raya dh jadi satu kemestiaan - bukannya nk bermegah tapi sekadar bersedekah mengikut kemampuan diri - dan utk menggembirakan kanak2 yg datang beraya..

rusna wana said...

Raya tahun ini, aku sungguh terkejut kerana anak aku yg baru berusian 2thn 4 bulan dh pandai minta duit raya..
Bila bersalam nk balik je mesti dia cakap "duit raye " smbil hulur tangan..aduss! bukan aku mengajar pun, tapi kanak2 sekecil itu dah tau tentang duit raya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...