Followers

Thursday 4 August 2011

Titik Permulaan Kejayaan


Salam 1Malaysia.
Setelah sekian lama kita tak bersua, kali ini baru ada kesempatan saya untuk menyambung penulisan saya.

Titik permulaan kejayaan adalah dengan mempunyai keinginan untuk berjaya. Keinginan yang mendalam ini boleh diumpamakan sebagai sebiji benih yang menunggu masa untuk bercambah. Keinginan yang sangat kuat ini merupakan motivasi bagi menggerakkan manusia untuk menaruh harapan merancang dan merangsang minda untuk mengambil suatu tindakan yang amat insentif bagi mencapai sesuatu tujuan.

Keinginan yang mendalam ini sebenarnya tercetus daripada rangsangan. Rangsangan mencetus keinginan yang membara yang seterusnya akan memberikan kekuatan kepada diri kita untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Sesiapa saja boleh memperoleh apa sahaja yang dihajatinya, jika ia benar-benar berhajat. Sesiapa yang mampu merangsang mindanya ke tahap keinginan yang amat mendalam juga mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidupnya.

Petuanya ialah dengan merangsang minda kita ke tahap keinginan yang mendalam yang akan menghasilkan desakan yang amat kuat untuk bertindak. Perlu diingatkan di sini bahawa menghasratkan sesuatu adalah tidak sama dengan menginginkannya dengan amat mendalam sehingga keinginan ini mendorong seseorang bertindak. Hasrat adalah semata-mata keinginan yang berbentuk pasif. Kebanyakan orang tidak berganjak dari kedudukan berhasrat dan mengharap sepanjang kehidupan mereka.

 







Cik Ai: Apa itu keinginan yang mendalam? 

10 comments:

IntaNBerliaN said...

betul3.. bila kita betul2 nak kita pasti kan tekadkan diri kita untuk dapat apa yg kita inginkan tu..

nak seribu daya..

INNANIE ARIFFIN said...

Kejayaan mesti datang dengan usaha dan tawakal. saling memerlukan dan kejayaan adalah titik perubahan kehidupan kita!

Joel Leslie said...

kalau nak berjaya, haruslah berusaha :D usaha tangga kejayaan :)

rusna wana said...

Titik permulaan kejayaan kita adalah daripada diri kita sendiri..

Nak hendak seribu daya
Tak nak seribu dalih...

Wan_hazel said...

susah suah dulu senang senang kemudian...hehehe...kalau tak berusaha tak kan berjaya punya...Skang nie ramai yg minta disuap tanpa usaha..sikit je susah...dah tak nak berusaha..macam mana nak berjaya camtu..

Unknown said...

betul tu, kejayaan datangnya dari usaha, doa dan tawakal....kalau kita dah berusaha bersungguh-sungguh, insyaAllah pasti berjaya...semua orang nak berjaya dalam hidup, tapi kalau just cakap and berdoa je tanpa usaha, takde lah kan....macam hangat-hangat tahi ayam je hasrat kita tu..

aqishah said...

keinginan yg mendalam ialah cita2 yg ingin dicapai dgn keazaman yg bersungguh2 sehingga berjaya walau apa jua rintangan melanda.


hurm tetiba mengidam ipad2... :P

amiraliyana said...

betul tu titik permulaan kejayaan adalah dari diri sendiri..

semoga kita menjadi org yg berjaya.. :)

Cik Ai said...

Terima kasih atas komen rakan-rakan, Yalah dalam mennjalani kehidupan yang penuh mencabar ini, Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh. Kejayaan tak dtg bergolek sebaliknya usaha dan doa. Mesti ada keazaman yg tinggi.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Disamping keazaman yg tggi...semangat yg kuat...jgn lupa bykkan berdoa kpd ALLAH,Insallh...segalamnya mudah dgn izinNYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...