Followers

Thursday, 4 August 2011

Jalan-jalan Di Bazar Ramadhan


 
♪♫♪♫Tanggal tiga puluh satu,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari yang mulia, Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka
♪♫♪♫

Assalamualaikum… bila berkumandang lagu Tanggal 31 dendangan arwah  Sudirman, pasti kita akan sama-sama menyanyikannya dengan semangat berkobar-kobar. Oleh itu, mari kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga di premis-premis dan kenderaan kita, bukan hanya sempena Kempen Kibarkan Jalur Gemilang tetapi disebabkan kita adalah rakyat Malaysia!! Bangga menjadi rakyat Malaysia..

Dalam kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan, bulan Ogos pada tahun ini juga kita menjalani ibadah puasa 1432 Hijrah. Selamat berpuasa GEGIRL ucapkan dan semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas…Walaupun berpuasa, GEGIRL tetap meneruskan program Jalan-jalan Cari Makan ini…nak tau di mana??

Ha, baru sehari kita berpuasa GEGIRL telah berkesempatan ‘menziarah’ Bazar Ramadhan Setiawangsa. Bazar pertama dalam bulan puasa pada tahun ini. Apa kelainan bazar ini? Sibuk berjalan sambil berhimpit-himpit dengan umat manusia yang lain, GEGIRL tertarik kepada juadah NASI KUKUS AYAM GOLEK BEREMPAH. Terliur GEGIRL tengok ayam segar diperap dengan rempah ratus, dibakar bergolek-golek(berpusing-pusing), sebab itu namanya ayam golek ya.

Aromanya dapat dihidu dari awal masuk ke bazar..:) Ayam ini akan diperap bersama-sama dengan rempah ratus yang telah dikisar seperti lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, bawang merah dan bawang putih. Ada juga yang mencampurkan serbuk kari sebagai penambah rasa. Kemudian, ayam akan diperap seterusnya baru dibakar. 

 
Bulan puasa, air yang pasti tidak akan GEGIRL buang daripada ‘senarai kemestian membeli’ ialah AIR TEBU. Bukan air tebu kordial ya, yang asli.

 







GEGIRL : Nantikan bazar seterusnya yang dilawat oleh GEGIRL ya.. macam YB pulak..


8 comments:

IntaNBerliaN said...

alahaiii sedap pulak ayam golek tu... pagi2 dah terpandang makanan la pulak.. hahha

saya masih belum berpeluang lagi nak ke bazar ramadhan

INNANIE ARIFFIN said...

Bulan puasa ni, nafsu kena kawal. tak guna puasa kalau nafsu masih bertunjangkan syaitan... pembaziran perlu dielakkan... solat dan amalan perlu diperbanyakkan.

rusna wana said...

my experience 1st day puasa p bazaar ramadhan - punya lah ramai orang ..berduyun2, berpusu2 dan Q utk menunggu giliran membeli makanan - memang semua sold out lah gerai2 makanan pd 1st day tu..

Bermacam2 makanan kita jumpa kat bazaar ni, ada ayam golek, kebab, roti john, sate, pelbagai jen is minuman dll..

Tapi,yg tak bestnya apabila ada peniaga yg mengambil kesempatan dibulan2 mulia ini - misalnya: harga makanan naik, menjual makanan yg dah basi dll lagi..

Wan_hazel said...

kalau dah pergi bazar..hidu bau tu lah yg wat nafsu makan tu melebih2..lagi2 kalau ada ayam panggang..satey...aiyo..nak je semua tu...kalau tak cukup tabah..membazir lah nampaknya..

Unknown said...

hehe..sedapnya ayam golek..mujur dah bukak puasa:) tahun ni nana tak berkesempatan lagi pergi bazar..selalu abang nana je pergi.baru semalam dia beli ayam golek dengan air tebu:)

nana ingat tadi gegirl nak cerita masa kat bazar ada pasang lagu merdeka:)ok, nana tunggu part yang seterusnya...bazar mana pulak lah gegirl pergi kan:) kena baca malam-malam je, nanti nampak pulak makanan sedap-sedap:)

p/s : selamat berpuasa gegirl and pihak rakan1klik:)

aqishah said...

wah bestnya jln2 d bazar ramadhan

lum berkesempatan lagi gi pasar ramadhan.. my hubby yg tolong belikan.. so x dapat nak cuci mata.. huhuhuhu

amiraliyana said...

wah.. mmg mcm sedap eh ayam tu.. perap ngn lada hitam plak mmg sdap la..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Klu g pasar ramadhan mmg rambang mata!semua nk beli dek melayan nafsu lapar...berpuasa sepjg hari.
Ayam golek/ayam percik..my poberet!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...