Kawan-kawan, kali ini mari kita belajar simpulan bahasa yang berhuruf ‘H’ pula.
Halwa Mata
Kawan-kawan tau tak apa itu halwa? Halwa dan Hawa tak sama tau. Halwa ini bermaksud buah-buahan yang direndam atau dijeruk dengan air gula. Ia juga boleh didefinisikan sebagai roti penganan yang manis. Jadi halwa ini membawa maksud sesuatu yang manis. Tapi kalau Halwa Mata pula apa ya, agak-agaknya? Baiklah, biar saya kongsikan maksud Halwa Mata. Ia bermaksud sesuatu pandangan (mata) atau persembahan yang mengasyikkan.
Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional yang telah dipersembahkan oleh penari dari Sanggar Budaya, Miri itu telah menjadi halwa mata para penonton.
Halwa Telinga
Kalau tadi kita telah pelajari maksud Hawa Mata, sekarang kita pelajari pula maksud Hawa Telinga. Halwa Telinga membawa maksud sesuatu perkara yang baik di dengar atau sesuatu yang menyedapkan telinga (seperti lagu dan lain-lain).
Contoh Ayat: Rancangan "Ritma Hati" yang sering ke udara di radio itu menjadi telah bekerja di Kuala Lumpur.
Hangus Hati
Selalunya kita dengar orang pernah sebut rumah hangus, hangus rentung dan kek hangus (kek kukus Sarawak) pun ada. Tapi macam mana dengan Hangus Hati? Pernah dengar tak? Hangus Hati bermaksud sangat marah. Dengan kata lain yang lebih popular, Terbakar Hati.
Lihat si dia berjalan berdua,
Sambil berjalan berpegangan tangan,
Hati yang panas ku tahan jua,
Hangus hati diturut jangan.
Jako Geliga: Sehingga kita bertemu lagi di Simpulan Bahasa yang seterusnya…
8 comments:
halwa ni maksudnya sama dengan mengasyikan lah - sedap mata memandang ke, sedap telinga mendengar..
kalau halwa rasa tu macam ne pula...ada tak simpulan bahasa ni...hehheee.
owh - hangus hati - 1st time dengar lah...hangus terbakar tu biasalah dengar...
halwa wan taw...halwa telinga..hehehe..terfikir lak wan..ade ke tak buah halwa??erm..
pernah dengar halwa telinga jer... oohh rupanya ada halwa mata gak yer..
hangus hati maka terbakarla semua..
salam..xpernah dgr lagi hangus hati...firstime dgr..hihi
bagus jugak entry ni.. sblm nni xpernah dengar pun pasal hangus hati tu.. hihii
maklumat berguna!
wah, cik jako siap berpantun lagi:) halwa telinga je nana selalu dengar....tapi ada jugak kan orang nama halwa:) kakak kawan nana nama halwa amalina:)
oh yg halwa2 tu pernah dgr jugak.. hangus hati tu mmg drp nma dh tau mksud tu mmg tgh mrh, hti trbakar amat la tu.. hehe
Rusna-Perkataan Halwa ni menunjukkan sesuatu yg manis. sebab itu agaknya halwa mata dan telinga ni menunjukkan sesuatu yg mengasyikkan.. hehe
Wan Hazel-buah halwa x da lah wan.. coz buah-buahan yang dijeruk ngan air gula, itu yg dinamakan halwa buah. ;)
Aqishah-Btul tu.. terbakar hati maka tbakar lah semuanya.. kita bako jerrr..haha
Azatie & Intan Berlian- Jom kita sama2 belajar. Masih banyak lagi yang akan kita pelajari di lampiran akan datang. :)
nanakimie : sekali sekala nak juga cuba berpantun. :p. Cantik nama kawan nana tu. Halwa Amalina.. sweet..
Amiraliyana : Ya amira, ada yg pernah kita dengar dan ada yang tak pernah kita dengar. hangus hati tu memang marah sangat ler tuh.. hehe
Post a Comment