Gambar: Iluvislam.com |
Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat kita pada hari ini. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.
Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, antara kesannya ke atas individu itu sendiri. Antara kesan yang paling ketara ialah:
- Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Disebabkan oleh perbuatan mereka, masyarakat tidak lagi menyanjung akhlak dan keperibadian individu berkenaan. Masyarakat akan sering memperkatakan tentang perbuatan yang telah dilakukan oleh beliau.
- Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama. Disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan oleh individidu berkenaan, pegangan agamanya akan semakin menipis. Kepercayaan terhadap illahi serta ketakutan dalam melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah akan semakin menipis. Tiada lagi wujud perasaan takut terhadap balasan yang akan diterima atas perbuatan yang dilakukan dan kemurkaan Allah disebabkan terhadap perbuatan berkenaan.
- Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap individu berkenaan. Tidak wujud lagi kepercayaan dalam masyarakat terhadap individu berkenaan. Ke mana saja serta apa yang dilakukan oleh individu berkenaan akan sentiasa dicurigai dan wujudnya satu prasangka yang buruk terhadap individu berkenaan.
- Wujudnya tekanan perasaan dan emosi yang tinggi keatas perbuatan yang telah dilakukan. Individu yang melakukan zina contohnya akan sentiasa mengalami tekanan perasaan dan emosi dan pastinya tidak wujud kedamaian didalam hati mereka. Emosi mereka akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil dan tekanan pastinya wujud terutamanya dari keluarga dan masyarakat.
- Pelbagai penyakit juga pasti akan wujud dan menular kiranya remaja pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Penyakit berjangkit dan merbahaya serti AIDS, Hepetetis B, Kanser dan sebagainya akan mudah merebak. Mereka yang terlibat dalam gejala ddaah pasti akan mudah mendapat penyakit HIV, dan begitu juga mereka yang mengamalkan perbuatan homoseksual dan meminum arak akan mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya.
2 comments:
sentiasalah kita berbuat kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan / laranganNYa..
remja...seringkalai dgr asal remaja..runuth aklhak..lari dr rumah..pengaruh rakan..buang anak.semua remaja..
pdgn masyarakat terhadap remja tu memang teruk tp bg sesama remaja plg teruk lah plg otai..plg hebat..macma tu lah yg mreka bnggakan,..bnde nie kta tak daoat nak nasihat kat dia org..
Post a Comment