Followers

Thursday 4 August 2011

Ramadhan Bulan Yang Baik

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, panjang usia kita dan dapat kita berpuasa lagi pada tahun ini. Setiap tahun kita berdoa agar kita boleh berjumpa dengan bulan yang baik dan mulia ini iaitu ulan Ramadhan. Seperti mana yang kita semua sedia maklum berpuasa adalah diwajibkan ke atas tiap-tiap orang. Puasa yang diwajibkan Allah.

 “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (surah al-Baqarah :183). 


Puasa ertinya menahan diri dari lapar dan juga dahaga dan juga dari perbuatan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Berpuasa merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat islam kerana di bulan ini Allah melipat kali gandakan amalan yang dibuat oleh cucu-cucu adam ini. Puasa adalah medan latihan bagi kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Ini secara tidak langsung puasa mengajar seseorang sikap yang baik dan berbudi. Nabi Muhammad s.a.w juga memperincikan Ramadhan ini seperti berikut :
           
“Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat… di mana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barang siapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan di mana rezeki orang beriman bertambah.. “ (diriwayatkan Ibn Khuzaymah)

 Bulan ini adalah bulan yang bukan sahaja kita semua menahan diri daripada lapar, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Seperti bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah, membuat perkara yang dilarang oleh Allah, berdusta dan juga mengumpat. Semua itu hendaklah dielakkan supaya kita tidak menjadikan bulan ini adalah bulan yang sia-sia.  Bulan ini juga mengajar kita lebih bersabar, bersabar dalam melakukan semua perkara, kerana dengan adanya sifat sabar dalam diri kita membuatkan kita menjadi orang yang lebih baik. Dalam bulan Ramadhan ini juga kita disarankan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca al-quran, menghadiri majlis-majlis ilmu, solat tarawikh, solat malam dan juga memperbanyakkan sedekah di bulan yang mulia ini. Di bulan ini juga kita hendaklah banyak mengingati Allah. Nabi Muhammad s.a.w akan selalu bertafakur, membaca quran, melihat kebesaran Allah , berzikir dan sebagainya. 

Selain daripada itu, puasa ini juga memberi kita kebaikan dari segi fizikal iaitu apabila kita berpuasa kita boleh menjadikan tubuh badan kita lebih sihat. Melalui berpuasa tubuh badan kita mengalami proses detoksifikasi iaitu proses pembuangan toksik atau racun dari badan kita. ini kerana, organ dalaman tidak terlalu beban untuk memproses makanan yang kita makan selalu pada ketika bukan berpuasa. Emosi kita juga akan menjadi lebih tenang ketika menjalani ibadah berpuasa ini. Kita akan selalu memikirkan dan membuat perkara-perkara yang baik iaitu perkara yang boleh mendatangkan pahala di bulan yang baik ini.


 





Uchee: Jangan jadikan puasa itu satu yang membebankan, just enjoy jer… 




8 comments:

IntaNBerliaN said...

semoga kita sama2 dapat menjalani ibadah puasa 7 semoga amalan kita diterima olehNYA

INNANIE ARIFFIN said...

Alhamdulillah, semoga ramadhan kali ni memberikan 1001 makna dan keinsafan pada kita. Moga rahmat dari Allah menjadi milik kita.

rusna wana said...

Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi juga menahan kesabaran, menahan daripada melakukan segalan perbuatan tidak baik, tahan mata drip melihat kemungkaran, tahan mulut daripada melafazkan kata2 dusta dan tidak elok...

Bulan Ramadhan bulan kemuliaan - marilah sama2 kita memperbanyakkan amalan yg baik dibulan ini...

Wan_hazel said...

Seronok bila dapat kembali bersama Ramadhan,,Wna harap Ramadhan nie ibadah ibdah kita diterima dan diberi Ganjaran...

Unknown said...

bulan ramadhan juga bulan al-quran...luangkan masa kita dengan membaca al-quran dan memperbanyakkan amal ibadah dibulan yang mulia ini...

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

aqishah said...

mudah2an amalan kita diterima oleh Allah...

bln ramadhan penuh berkat ini juga dapat menginsafkan kita supaya ingat mengingati n perbanyakkan amalan baik serta menghindari dr perbuatan yg jahat... kekdg kita manusia mudah terlupa dan alpa...

mengumpat dan keji juga adlh satu dosa yg kita selalu buat tanpa d sedari... jadi marilah berpuasa bkn hanya d perut saja tapi juga pada mata, mulut dan telinga kita..

amiraliyana said...

InsyaAllah.. sama2 kita memanfaatkan bulan ramadhan ini dgn sebaiknya..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Selamat menjalani ibadah puasa..semoga Ramadan kali ini makin melipat gandakn amalan kita dr tahun sblmnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...