Followers

Thursday, 11 August 2011

Keinginan Yang Mendalam



Hasrat tidak akan mampu membuahkan sebarang hasil, tetapi keinginan yang mendalam merupakan perubahan yang akan mengubah seseorang individu dan seterusnya mengubah dunia ini. Bukti jelas, wujudnya keinginan adalah apabila seseorang itu mengambil tindakan ke arah mencapai keinginan tersebut.

Untuk bergerak daripada hasrat kepada keinginan adalah merupakan penghalang kejayaan yang paling besar bagi kebanyakan orang. Mereka mungkin tahu apa yang diinginkan daripada kehidupan ini tetapi mereka gagal untuk mengubah hasrat mereka kepada keinginan yang membara. Jika mereka berada dalam keadaan baik dan segala-galanya berjalan lancar, mereka akan meneruskan kehidupan ini seperti biasa tanpa memikirkan untuk membuat sebarang perubahan yang akan meningkatkan taraf hidup mereka. Tetapi, jika mereka dalam kesusahan, mereka akan terus menerus menyumpah dan menangisi nasib yang menimpa tanpa cuba untuk memperbaiki keadaan.

Seseorang yang mempunyai keinginan yang mendalam sentiasa aktif secara mental dan fizikal melakukan perubahan demi kebaikan hidup mereka. Mereka mengambil inisiatif untuk mengubah landskap persekitaran hidup mereka, mengatasi halangan hidup dan membina jalan ke arah kejayaan yang diimpikan.

 







Cik Ai: Apa saja yang minda kita mampu bayangkan dan percaya, kita pasti akan mampu untuk mencapainya.


6 comments:

rusna wana said...

keinginan yg mendalam terhadap sesuatu goal tu haruslah ada kekuatan semangat yg tinggi utk mendapatkannya..betul tak cik ai?
kalau ada keinginan yg mendalam tapi tiada usaha, tidak akan dapt mencapai juga goal atau matlamat yg kita inginkan..

aqishah said...

betul tu kalo ada keinginan yang mendalam pasti berusaha utk mendapatkannya dgn bersungguh2...

tetiba jer ade keinginan... hurm tp x mendalam sgt la.. kalo dapat alhamdulillah

Wan_hazel said...

betul tu...mesti ade rasa nak kan sesuatu baru kita leh laksanakan sesuatu tu..kalau fikir je tapi tak nak..memang tak kan jd bende tu..kan kan

Cik Ai said...

Ya betul2, kadang-kadang kita ada keinginan untuk buat sesuatu atau mencapai sesuatu tetapi tiada kesungguhan menyebabkan kita lupakan hasrat itu.

Keinginan ini mesti diiringi dgn kesungguhan untuk mencapainya barulah kita berjaya. Tekadkan azam pasti kejayaan dihadapan.

Joel Leslie said...

kalau nak dapat hasil, mestilah push ourselves ! :) with our hardwork, we can achieve the goal we want :)

Joel Leslie said...

kalau nak dapat hasil, mestilah push ourselves ! :) with our hardwork, we can achieve the goal we want :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...