Followers

Thursday, 18 August 2011

Anak Lambat Bercakap?


Ada kanak-kanak yang dikategorikan sebagai lambat bercakap. Post kali ini Mummy akan berkongsi tips atasi masalah anak lambat bercakap. Tapi sebelum itu kita lihat dahulu tahap penguasaan bahasa mengikut usia;

Sebelum 12 bulan
Si kecil sudah mampu memberi beberapa tanda atau isyarat tersendiri seperti ‘bababa’ atau ‘mamama’. Pada usia sekitar 9 bulan pula, mereka akan menuturkan perkataan pertama yang mudah seperti ‘mama’ atau ‘dada’ tanpa mengetahui maksudnya. Sebelum berusia setahun, bayi akan peka dengan setiap bunyi dan akan bertindak balas.

Usia 12 hingga 15 bulan
Pada usia begini, si kecil sudah mula berekspresi dengan nada suara dan mula menuturkan satu atau dua perkataan mudah seperti ‘nak susu’.

Usia 18 hingga 24 bulan
Si kecil sepatutnya sudah mula menguasai sekurang-kurangnya 20 patah perkataan pada usia 18 bulan dan lebih 50 patah perkataan apabila berusia 2 tahun.  Pada usia ini, mereka sudah boleh menggabungkan dua atau lebih perkataan seperti ‘nak makan nasi’.

Usia 2 hingga 3 tahun
Si kecil ketika usia ini sepatutnya sudah petah berkata-kata. Mereka sudah boleh menggabungkan dua atau tiga ayat mudah.

 



Mummy: Tunggu post Mummy seterusnya, untuk mengetahui tips atasi anak lambat bercakap!

6 comments:

aqishah said...

anak dah dua thn tp lum lancar lg berckp... kdg2 panjang nak bercerita tapi x faham .. kekkekeke

kaseh suchi said...

kalau lambat becakap mesti parent riau kan? takut anak nanti gagap,,hehe...
kalau dah ada notes peringkat umur ngan percakapan baby macam ni ok la kan =)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?47c8fa5b07d0c18a060203ff16fb9f34

rusna wana said...

Thanks mummy for d good info..:-)
seronoknya apabila anak dah pandai berkata2...best nya melayan karenah anak, ada2 je yg nak ditanya...itulah kata orang baru nak pandai bercakap..

aqishah said...

kekekeke bila dah pandai bercakap asyik bertanya jer.. smpi letih nak jwb aduiii bijaknya anak2 skrng ni

nanakimie said...

hehe...betul jugak tu sis aqishah, bila dah pandai cakap asyik nak brtanya je..mmg letih nak menjawab,hehe

Ummu Ukasyah said...

ummi pun tak sabar nak dengar anak ummi berbual.. tapi kalau nak ajar bayi bercakap, ajarlah anak untuk menyebut setiap suku kata dengan betul. Janganlah ajar pelat, sebab susah di kemudian hari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...